Harian Metro

Nikah bila dah stabil

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Selepas nafi bertunang dengan kekasih hati, Aizatul Aqma, 23, pelakon Nazrief Nazri, 26, sekali lagi dihujani pertanyaan daripada peminat apabila timbul desas-desus dia akan bernikah tahun hadapan.

Tidak dinafikan mutakhir ini jejaka yang mencipta nama menerusi drama bersiri Lara Terindah itu bersikap terbuka memperkata­kan hubunganny­a dengan Aqma.

Bukan itu saja, Nazrief sering memuat naik gambar buah hatinya di Instagram. Ternyata tindakanny­a itu berbeza dengan sikapnya sebelum ini yang gemar merahsiaka­n perihal peribadi.

Keterbukaa­n itu membuatkan gosip kononnya dia mahu menamatkan zaman bujang begitu meyakinkan.

Bukan itu saja, sewaktu majlis pernikahan ibu Nazrief minggu lalu, Aqma hadir dengan berpakaian rona sedondon sehingga timbul cerita mereka bertunang.

Sepanjang majlis berlangsun­g, Aqma khabarnya tidak kekok bergaul dengan keluarga Nazrief sekali gus menggambar­kan hubungan mereka mendapat restu kedua-dua pihak.

Dihubungi bagi mendapatka­n penjelasan mengenai perkara itu, Nazrief mengakui dia dan Aqma sudah sembilan bulan berkawan dan hubungan mereka diketahui keluarga masing-masing.

“Keluarga tidak menghalang kami berkawan dan saya senang dengan hubungan ini. Bagi saya kalau betul caranya, mengapa mahu berahsia,” katanya.

Tegas Nazrief, dia bersikap terbuka kerana tidak mahu menimbulka­n rasa kurang senang orang keliling apatah lagi sebelum ini sudah ramai melihat mereka keluar bersama.

“Saya tidak mahu dituduh munafik. Orang nampak saya dan Aqma keluar bersama tetapi apabila media bertanya saya bohong dengan mengatakan tidak mempunyai kekasih.

“Saya tidak mahu jadi begitu. Kalau boleh biarlah perkara yang baik-baik saja berlaku antara saya dan Aqma,” katanya.

Soal kahwin jelas Nazrief, setakat ini dia dan Aqma belum ada perancanga­n ke arah itu.

“Kami belum stabil untuk bernikah. Saya sendiri masih berusaha mengukuhka­n nama industri seni.

“Kami sepakat untuk memberikan masa agar sama-sama dapat membangunk­an karier. Aqma kini mahu memulakan kembali perniagaan yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Sambung Nazrief, belum ada keyakinan untuk menggalas tugas sebagai suami kerana mahu mengejar cita-cita terlebih dahulu.

“Sekarang saya melebarkan sayap dalam cabang seni lain. Saya mengasah bakat sebagai pengacara menerusi program Buletin 113 yang disiarkan di saluran Salam HD.

“Selain itu, saya tampil dengan single Cinta Semalam yang dihasilkan syarikat pengurusan MindOrder dengan kerjasama label MVM Production. Dengan apa yang diusahakan ini, saya tidak boleh bernikah dalam waktu terdekat.

“Sebaik-baiknya perkara besar seperti itu (nikah) saya laksanakan apabila kerjaya dan kewangan sudah stabil. Doakan yang terbaik buat saya dan Aqma,” katanya.

 ??  ?? AQMA dan Nazrief sudah sembilan bulan berkawan.
AQMA dan Nazrief sudah sembilan bulan berkawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia