Harian Metro

Kabhi Alvida Naa Kehna meruntun jiwa

-

Filem Bollywood Kabhi Alvida Naa Kehna lakonan Shah Rukh Khan, Rani Mukerji, Abhishek Bachchan dan Preity Zinta sangat meruntun jiwa.

Ditayangka­n hari ini jam 3 petang, ia mengisahka­n Maya yang bakal berkahwin dengan rakan baiknya sejak kecil iaitu Rishi Talwar. Mereka sama-sama dibesarkan Samarjit atau lebih dikenali sebagai Sam.

Sementara itu, Dev pula tinggal di New York, Amerika Syarikat sebagai pemain bola terkenal. Dia tinggal bersama isterinya, Rhea, anak lelaki mereka iaitu Arjun dan ibunya, Kamaljit.

Maya bertemu dengan Dev beberapa bulan sebelum berkahwin dengan Rishi. Walaupun baru sahaja berkenalan, mereka cepat mesra seolah-olah sudah berkawan lama.

Bagaimanap­un, selepas masing-masing pulang ke rumah, Dev terbabit dalam kemalangan jalan raya mengakibat­kan kecederaan kekal pada kakinya.

Beberapa tahun kemudian, Dev tidak lagi dapat bermain bola sementara isterinya, Rhea semakin berjaya dalam karier. Situasi itu membuatkan ego Dev tercabar. Dia merasakan tidak mampu menjadi suami yang baik kerana isterinya mengambil alih tanggungja­wab menyara keluarga.

Sementara itu, Maya juga merasakan hal yang sama. Dia tidak mencintai Rishi kerana merasakan lelaki itu mementingk­an diri sendiri. Suatu hari, Dev dan Maya ternampak Samarjit dan Kamaljit berpelukan di sebuah kedai bunga.

Samarjit dan Kamaljit menjelaska­n bahawa persahabat­an yang terbina adalah untuk mengisi kekosongan selepas masingmasi­ng kematian pasangan hidup.

Dev dan Maya juga ingin keluar daripada masalah yang membelengg­u mereka.

Tanpa disedari, mereka mula tertarik antara satu sama lain. Namun, kedua-dua mereka masih berusaha menyelamat­kan rumahtangg­a. Secara berasingan, mereka menyediaka­n makan malam bersama pasangan masingmasi­ng.

Setibanya Dev di rumah, Rhea tiba-tiba berang dan menuduh Dev cemburu dengan kejayaanny­a. Perkara itu membuatkan Dev mula sedar dia gagal menjadi bapa yang baik kepada Arjun.

Rishi pula meluahkan kekecewaan terhadap Maya kerana isterinya tidak memberikan layanan seperti yang diinginkan­nya. Dia juga menghina Maya kerana tidak mampu melahirkan zuriat.

Membawa hati yang luka, Maya berjalan ke arah stesen kereta api. Dia melihat

Dev yang juga berada di situ. Menyedari kehadiran Rhea, Dev meluahkan rasa cintanya dan wanita itu juga mengaku mempunyai perasaan yang sama.

Adakah cinta Dev dan Maya bersatu? Saksikan kisah selanjutny­a menerusi filem Kabhi Alvida Naa Kehna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia