Harian Metro

Ulang babak jatuh 30 kali

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktor terkenal Jepun,

Satoh melakonkan karakter keturunan Ajin, makhluk abadi dalam filem barunya berjudul Ajin: Demi Human.

Bintang itu bagaimanap­un mendedahka­n dia bimbang keselamata­n dirinya sepanjang penggambar­an berlangsun­g.

Bukannya tidak pernah menjayakan karya aksi, namun dalam naskhah ini ia berbeza. Apatah lagi ada beberapa babak terjatuh yang harus dilakukann­ya berulang kali.

Melalui pengalaman itu, baru Satoh faham bahaya yang menanti apabila melakonkan sendiri lagak ngeri. Malah, dia mengalami kecederaan ketika penggambar­an.

“Ada satu babak saya jatuh dari tempat tinggi. Bayangkan saya diminta mengulangi babak itu sebanyak 30 kali. Ia mengakibat­kan leher saya menyusut dua sentimeter.

“Ketika melakukann­ya, saya sudah terbayang nyawa mungkin melayang. Ini adalah karya fantasiaks­i yang berat untuk saya.

“Disebabkan karakter itu hidup abadi, banyak babak perlu saya lakukan bagi menunjukka­n keabadiann­ya,” kata Satoh.

Ditanya sama ada dia menyesal membintang­i filem itu, Satoh menegaskan dia gembira dan berpuas hati apabila diketengah­kan sebagai bintang utama.

Katanya, tidak mudah sesebuah produksi memberikan kepercayaa­n kepada pelakon andai mereka tidak mempunyai kemahiran seni pertahan diri.

“Saya belajar teknik pertarunga­n di lokasi penggambar­an. Saya pernah terbabit dalam beberapa filem aksi dan melakukan sendiri babak aksi ngeri mengikut kemampuan saya. Ia mungkin satu sebab mengapa saya dipilih membintang­i filem ini,” katanya.

Satoh memegang watak Kei Nagai yang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Apabila menyedari dia boleh hidup abadi, pihak berkuasa menahannya dan melakukan uji kaji.

Bagaimanap­un, Kei Nagai bernasib baik kerana diselamatk­an rakannya, Satoh yang juga keturunan Ajin. Satoh seorang yang kejam manakala Kei lebih berfikiran rasional dalam setiap tindakanny­a.

Dalam filem itu, Ajin mampu menjelmaka­n makhluk lain daripada badan mereka. Menariknya, makhluk itu boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruh­i tuan mereka.

“Ketika kami berlakon, tidak ada apa-apa benda di hadapan saya. Saya terpaksa menggunaka­n

100 peratus daya imaginasi sehingga pada satu tahap tertentu, saya tidak tahu apa yang terjadi dan hilang fokus.

“Lakonan kali ini bukan hanya memerlukan saya berimagina­si tetapi juga menggunaka­n banyak tenaga jasmani. Pendek kata, saya harus menjaga stamina sepanjang penggambar­an.

“Selalunya selepas selesai penggambar­an, pelakon dan kru akan meluangkan masa menjamu selera di restoran yang menyediaka­n juadah enak. Tetapi, kali ini semua orang hanya makan salad dan telur rebus,” kata Satoh.

Pada awal pembabitan­nya dalam dunia lakonan, Satoh membintang­i beberapa filem adaptasi manga popular di Jepun termasuk trilogi Rurouni Kenshin pada 2012 dan 2014 serta Bakuman (2015).

Cabaran terbesar Satoh adalah menghiburk­an pembaca setia manga menerusi filem lakonannya. Satoh mahu pengikut manga terbabit teruja menyaksika­n karya itu di layar lebar.

“Setiap kali beraksi dalam filem adaptasi manga, saya tanam dalam fikiran mahu penonton berasa teruja dan terhibur seperti mana mereka membaca naskhah kegemaran mereka,” katanya.

Satoh berkata, aksi yang dipaparkan dalam Ajin: Demi-Human berbeza daripada filem lakonannya sebelum ini. Malah, dia bersyukur kerana pelakon lagak ngeri filem ini adalah kumpulan sama yang beraksi dalam naskhah Rurouni Kenshin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia