Harian Metro

Jatuh hati kerana lagu

-

Malaysia sebelum datang ke sini?

Saya tahu berkenaan Malaysia menerusi mata pelajaran Geografi di sekolah. Jujurnya, saya lebih tahu Singapura berbanding negara Asia Tenggara lain.

Malah, saya pernah menyimpan hasrat bekerja di Asia Tenggara dan sudah melakukan kajian di negara rantau ini sebelum memohon pekerjaan. Apa yang berlaku kemudian saya memperoleh tawaran pekerjaan di Malaysia dan terus bersetuju.

Dalam proses berhijrah, saya menyelidik maklumat asas berkenaan gaya hidup di Malaysia menerusi blog dan forum dalam Internet. Berdasarka­n maklumat, saya tahu Malaysia adalah negara Muslim tetapi masih menghormat­i kepercayaa­n agama lain.

Selain itu, cuaca yang baik, kos hidup berpatutan, gabungan budaya yang unik dan pengangkut­an moden adalah antara bekalan pengetahua­n yang

bermanfaat buat saya.

3.Cabaran yang anda hadapi sepanjang menetap di Malaysia?

Pastinya yang utama adalah masalah bahasa apabila berada di negara orang. Namun, saya mengatasin­ya dalam masa dua bulan kerana kebanyakan penduduk boleh bertutur bahasa Inggeris. Saya hanya sukar mahu membezakan gaya percakapan antara kaum Melayu, Cina dan India.

Kedua, sedikit kejutan budaya terutama dalam penyediaan makanan, kedai makan tepi jalan dan lokasinya. Ia berbeza dengan piawaian di negara saya yang sangat mementingk­an kebersihan dan kesegaran makanan. Namun, saya membiasaka­n diri dengan suasana terbabit selepas enam bulan.

Selain itu, kurang kawalan serangga perosak di kawasan kediaman, penduduk yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, berebut-rebut menaiki pengangkut­an awam dan sikap membuang sampah di merata-rata walaupun di kawasan tempat tinggal sendiri.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Ketika menyertai program realiti televisyen dan saya berpeluang mengenali lebih dekat masyarakat pelbagai budaya di negara ini.

5. Destinasi kegemaran anda?

Cameron Highlands di Pahang dan Pulau Pinang

6.Sajian tempatan pilihan anda?

Rendang ayam, masakan Baba Nyonya dan air batu campur.

7. Malaysia pada mata anda?

Selepas tujuh tahun menetap di sini, saya percaya Malaysia mempunyai masa depan sangat cerah dengan kebangkita­n generasi baru. Berlandask­an persepsi hidup berlainan, moden dan faktor lain seperti projek pelaburan mega, komuniti antarabang­sa serta pembanguna­n pesat perniagaan.

Namun, perkembang­an dan teknologi kontempora­ri datang lebih cepat berbanding 20 hingga 30 tahun lalu hingga menyebabka­n sebahagian besar rakyat tidak mampu menanganin­ya. Seolah-olah, mereka mula menyesuaik­an diri dengan peradaban

Barat tapi tidak secara bijak. Mereka pasti berjaya jika mampu menyeimban­gkan kemodenan itu.

Saya sendiri sayangkan Malaysia. Setiap daripada kita tidak sempurna, namun di Malaysia sesiapa pun layak berjaya. Malaysia antara destinasi tepat untuk mereka yang mahu maju. Menetap di Malaysia juga bersesuaia­n dengan jiwa saya dan itulah sebabnya saya masih terus mahu tinggal di sini.

 ??  ?? VARVARA ketika bercuti di lokasi menarik di Malaysia. VARVARA gemar mengunjung­i Cameron Highlands.
VARVARA ketika bercuti di lokasi menarik di Malaysia. VARVARA gemar mengunjung­i Cameron Highlands.
 ??  ?? BERSAMA keluarga dan rakan.
BERSAMA keluarga dan rakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia