Harian Metro

Ibu inspirasi, mentor Nuurun

- Nurul Husna Mahmud

Teruskan legasi uruskan jemaah, pelancong lepas dimulakan arwah bapa

Pembabitan Nuurunnazi­fah Abdullah, 25, dalam bidang pelanconga­n bagi meneruskan legasi orang tuanya yang hampir tiga dekad terbabit dalam perniagaan berkenaan.

Bermula dengan arwah bapa, Abdullah Hussin membawa orang kampung dan rakan handai dari Melaka untuk menunaikan umrah pada 1990, tugas menguruska­n jemaah itu kemudian beralih kepada ibu, Latifah Abu Hassan selepas allahyarha­m meninggal pada 1999.

Perniagaan itu berkembang apabila ibunya menubuhkan De Mawardah pada 2003 dan kini syarikat pelanconga­n terbabit diuruskan bersama abangnya, Muhammad Akram.

Menurut Nuruun, ibunya dilihat sebagai mentor terbaik dan sentiasa menjadi rujukan bukan saja buat dirinya malah bagi enam beradik lain yang turut memiliki perniagaan masing-masing.

“Selepas bapa saya meninggal, ibu yang mengambil alih kerja ayah termasuk membawa kumpulan umrah. Beliau memberi banyak tunjuk ajar dalam urusan perniagaan pelanconga­n.

“Karakter sebagai seorang wanita kuat dan cekal, beliau banyak memberi inspirasi kepada saya. Malah ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami lapan beradik dalam menguruska­n perniagaan dengan baik,” katanya.

Kata Nuurun, sejak sekolah lagi dia terdedah kepada bidang pelanconga­n apabila sering mengikuti rombongan dikendalik­an ibu atau abangnya.

“Apabila tamat persekolah­an, saya meneruskan pembelajar­an bidang Pelancong di Kolej Universiti Metropolit­an Kuala Lumpur. Sebaik tamat belajar, saya dan abang membantu ibu mentadbir syarikat Pelanconga­n De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd .

“Selain saya lima saudara lain turut memiliki perniagaan sendiri iaitu hotel bajet sekitar Melaka. Saya diberi tanggungja­wab memikul tugas sebagai Pengarah De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd dan De Mawardah Inn. Peranan saya lebih kepada mengurus dan memasarkan pakej pelanconga­n luar negara seperti Balkan, Eropah dan banyak lagi.

“Abang, Muhammad Akram lebih ke arah pengurusan pakej umrah dan haji. Ibu saya bertindak membahagik­an skop kerja supaya kami dapat fokus ketika menguruska­n bahagian masing-masing dengan lebih teratur,” katanya yang juga berkongsi pengalaman pertamanya menguruska­n sendiri rombongan pelancong ketika ke Bandung, Indonesia pada usia 20 tahun.

 ??  ?? IBU antara mentor Nuurun dalam urusan pelanconga­n.
IBU antara mentor Nuurun dalam urusan pelanconga­n.
 ??  ?? KENANGAN bapa dan ibu Nuurun ketika menguruska­n jemaah.
KENANGAN bapa dan ibu Nuurun ketika menguruska­n jemaah.
 ??  ?? NUURUN dan suami ketika mengunjung­i wilayah Balkan.
NUURUN dan suami ketika mengunjung­i wilayah Balkan.
 ??  ?? NUURUN bersama kumpulan umrah.
NUURUN bersama kumpulan umrah.
 ??  ?? NUURUN bersama saudaranya.
NUURUN bersama saudaranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia