Harian Metro

LASAK BERGAYA

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@ hmetro.com.my

Mitsubishi Outlander cemerlang ‘membelah’ jalan raya dan off-road

Pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sentiasa meningkat membolehka­n Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membawa masuk model Outlander yang terkenal dengan gaya dan keselesaan tanpa mengenepik­an ciri kelasakan pacuan empat roda.

Selain berciri premium, Mitsubishi Outlander adalah SUV bersaiz penuh dengan tujuh tempat duduk.

Varian Outlander

2.0L 4WD pemasangan tempatan (CKD) mula diperkenal­kan di pasaran tempatan pada Oktober lalu manakala varian

2.4L 4WD diimport sepenuhnya (CBU) menjengah pasaran sejak tahun lalu.

Bagi merasai sendiri kehebatan teknologi kenderaan lasak Mitsubishi, MMM menganjurk­an sesi pandu uji media bermula dari Shah Alam ke Janda Baik, Pahang untuk memberi pengalaman sebenar berada dalam kenderaan premium ini.

Lokasi ‘ujian pertama’ adalah parkir Stadium Shah Alam apabila keupayaan SUV diuji sepenuhnya dengan melalui permukaan jalan basah, slalom dan membrek.

Sepanjang aktiviti berkenaan, media berpeluang menggunaka­n sistem 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock dan ciri keselamata­n lain.

Sistem pacuan empat roda berfungsi baik terutama ketika memecut tanpa menjejaska­n kestabilan.

Sebagai penutup ujian pertama, peserta membawa susunan kotak di dalam but belakang bagi menguji kestabilan Outlander.

Mengagumka­n apabila bahagian kargo boleh dimaksimum­kan sehingga 1,608 liter sekiranya kerusi barisan kedua dan ketiga dijatuhkan, sesuai untuk pelbagai tujuan.

Aktiviti diteruskan ke Janda Baik melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) untuk merasai tahap keselesaan kenderaan ini.

Ternyata Outlander memiliki kelas tersendiri termasuk kelunakan sistem audio melalui sistem multimedia dengan Kawalan Pergerakan Angin tanpa perlu menyentuh skrin untuk mengubah frekuensi radio.

Program diteruskan ke Bentong, Pahang melalui laluan utama dengan pelbagai selekoh dan kecuraman yang menguji kestabilan serta kuasa Outlander.

Sistem keselamata­n seperti Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan

Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman dan Kestabilan Aktif (ASTC) berfungsi baik manakala tujuh beg udara adalah ciri standard.

Selepas tiba di Bentong dan menikmati ais kacang, media berangkat pulang ke Shah Alam dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Secara keseluruha­n, perjalanan dengan jarak melebihi 200 kilometer (km) melalui laluan biasa, lebuh raya, pekan kecil selain ujian kelasakan di parkir Stadium Shah Alam menyaksika­n model Outlander tidak pernah mengecewak­an.

Untuk pasaran tempatan, Outlander

2.4L 4WD dijual pada harga bermula RM171,000 manakala RM139,988 bagi varian 2.0L 4WD dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu merah metalik, putih dan terbaru, Hitam Ruby.

 ??  ?? DILENGKAPI sistem ABS, EBD dan BA.
DILENGKAPI sistem ABS, EBD dan BA.
 ??  ?? BAHAGIAN dalaman elegan dan tampak mewah.
BAHAGIAN dalaman elegan dan tampak mewah.
 ??  ?? SELESA dengan tujuh tempat duduk.
SELESA dengan tujuh tempat duduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia