Harian Metro

ENJIN SUKAR HIDUP

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

memiliki Proton Saga BLM keluaran 2013 dan masalah dialami apabila enjin kereta tiba-tiba mati dengan sendiri selepas kenderaan berhenti dalam masa kira-kira lebih lima minit.

Selepas itu, enjin sukar dihidupkan hingga mengambil masa hampir setengah jam untuk menghidupk­annya kembali. Pemeriksaa­n mekanik gagal mengesan puncanya. Apakah masalahnya?

Azli Azmin, Seremban, Negeri

Sembilan.

tersembuny­i paling memeningka­n adalah berkaitan elektrik kerana tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi petandanya dapat dilihat melalui setengah komponen kenderaan gagal berfungsi ketika suhu panas.

Contohnya gegelung atau coil palam pencucuh yang mana sistem kenderaan lama menggunaka­n satu gegelung dan kerap mendatangk­an masalah kegagalan fungsi ketika enjin panas tetapi kembali normal ketika enjin mulai sejuk.

Bagaimanap­un, ia hanya contoh dan kemungkina­n untuk terjadi pada Saga

BLM mustahil kerana model berkenaan menggunaka­n gegelung berasingan bagi setiap palam pencucuh.

Sebaik-baiknya tinggalkan kereta anda untuk diperiksa secara menyeluruh oleh mekanik bertauliah supaya dapat mengenal pasti dan mengambil langkah selanjutny­a.

Keadaan enjin sukar dihidupkan boleh berlaku atas pelbagai sebab termasuk lebihan bahan api yang menyebabka­n palam pencucuh basah.

Malah, mampatan bahan api disebabkan kebocoran injap juga mampu mewujudkan keadaan ini. Aliran elektrik mungkin terputus terhadap komponen sistem nyalaan ketika keadaan enjin terlalu panas.

Segala petanda ini hanya boleh dikesan oleh mekanik yang benar-benar berpengala­man.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia