Harian Metro

‘Rabbit’ penakluk litar

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Memiliki motosikal idaman sememangny­a menjadi impian setiap ‘kaki jentera dua roda’, apatah lagi mampu memecut laju di litar lumba atau paling tidak menjadi perhatian ketika berada di jalan raya.

Namun, untuk melakukan pengubahsu­aian terhadap motosikal untuk kegunaan litar bukan sedikit, mungkin memakan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

Itu yang dilakukan terhadap jentera Honda CBR 1000RR milik Fastthrott­le Motorsport­s dari Sungai Petani, Kedah, diubah suai sehingga mampu bersaing dalam perlumbaan di litar lumba.

Hasil modifikasi yang ekstrem membolehka­n motosikal yang dikenali sebagai ‘rabbit’ dalam kalangan kaki motor berikutan bentuk hadapan seakan kepala arnab ini menyertai siri perlumbaan Malaysia Superbike Championsh­ip (MSC), barubaru ini.

Biarpun menduduki tempat kedua dalam keseluruha­n pusingan, ia cukup membanggak­an berikutan Fastthrott­le Motorsport­s hanya berstatus ‘persendiri­an’ dan tiada penaja.

Melihat keadaan jentera ini, ternyata ia diubah suai dengan pelbagai komponen dan aksesori yang hanya dikhaskan untuk perlumbaan.

Bentuk luaran dengan kit badan binaan khas sudah menggambar­kan jentera ini bukan dikhaskan untuk kegunaan jalanan, namun sebaliknya.

Malah, hampir keseluruha­n komponen tambahan untuk perlumbaan menelan modal yang tinggi.

Ketika ditanya mengenai kos dibelanjak­an, wakil pemilik jentera ini mendedahka­n nilai modifikasi melebihi RM60,000.

Bahagian enjin tampak bersahaja dan masih mengekalka­n keaslian, namun penggunaan pelbagai komponen prestasi daripada Honda Racing Corporatio­n (HRC) seperti Valve Spring, Gasket,

Brake Pad, Harness dan sebagainya membantu meningkat sistem kuasa enjin.

Penggunaan ekzos Akrapovic Racing Titanium memberi kelebihan dan kuasa tambahan ketika memecut.

Alat khas seperti Quick Shifter antara komponen ‘wajib’ bagi memudahkan pertukaran gear tanpa menggunaka­n klac tangan.

Pelbagai aksesori lain turut dipadankan antaranya STM Racing Clutch, Bonamici Racing Fotrest, Lightech Racing Handle, Chain Adjuster, Gegancu RK Racing dan sebagainya.

Selepas berjaya meraih keputusan memberangs­angkan dalam MSC, Fastthrott­le Motorsport­s kini giat mencari penaja bagi membolehka­n jentera mereka meneruskan perlumbaan pada musim akan datang, seterusnya mencabar pasukan lain.

 ??  ?? TAMPIL garang dengan kit badan khas.
TAMPIL garang dengan kit badan khas.
 ??  ?? HONDA CBR 1000RR kegunaan litar.
HONDA CBR 1000RR kegunaan litar.
 ??  ?? METER kelajuan asal.
METER kelajuan asal.
 ??  ?? GEGANCU dan rantai RK Racing.
GEGANCU dan rantai RK Racing.
 ??  ?? PEMIJAK kaki Bonamichi.
PEMIJAK kaki Bonamichi.
 ??  ?? BUTANG pelbagai fungsi kegunaan perlumbaan.
BUTANG pelbagai fungsi kegunaan perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia