Harian Metro

Bahaya penuaan foto

-

Bagaimana sinar UV boleh menyebabka­n kedutan kulit dan pigmentasi kulit?

Cahaya matahari mengandung­i tiga jenis radiasi iaitu UVA, UVB dan UVC. Hanya UVC saja yang dapat diserap lapisan ozon (ozon bertindak sebagai penebat sinar UV), sementara UVA and UVB akan menembusi lapisan ozon, sampai ke bumi dan menembusi lapisan kulit manusia.

Sinar UVC adalah sangat bahaya dan dalam keadaan ozon yang menjadi semakin nipis, saintis bimbang ia boleh sampai ke bumi.

Sinar UVA akan dapat menembusi atap rumah dan masuk menembusi lapisan dalam kulit dermis. Sinar UVA boleh merosakkan lapisan struktur dermis, kolagen, elastin dan DNA dalam kulit mengakibat­kan pembentuka­n kedutan dan kenduran pada kulit.

Sinar UVB pula akan membakar lapisan luar kulit epidermis dan menyebabka­n terjadinya kesan kebakaran atau selaran matahari pada kulit. Kulit kita mempunyai pelindung semula jadi yang unik dipanggil melanin bertindak sebagai payung untuk melindung kulit daripada radiasi UV.

Kegelapan kulit berpunca apabila radiasi UV lebih tinggi berbanding tahap perlindung­an yang boleh diberikan sel melanin. Warna kulit seseorang menentukan tahap perlindung­an kulit daripada sinaran matahari. Individu yang berkulit gelap mempunyai risiko lebih rendah berbanding dengan yang berkulit cerah terhadap sinaran UV.

Ini kerana, kekurangan sel melanin di kulit cerah berbanding dengan gelap.

Selain itu, jika seseorang mengambil ubat-ubatan tertentu yang digunakan dalam pelbagai rawatan seperti antibiotik (tetracycli­ne, ciprofloxa­cin), ubat tahan sakit (ibuprofen, naproxen), ubat kemoterapi dan ubat antipsikot­ik boleh meningkatk­an sensitivit­i kulit terhadap cahaya matahari serta meninggika­n risiko mendapat ruam fototoksid.

Bagaimana kita boleh melindungi kulit daripada penuaan akibat sinaran matahari?

1.Sinaran matahari paling terik dari 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Dinasihatk­an kurangkan aktiviti luar pada masa ini.

2.Berlindung daripada cahaya matahari dengan berada di tempat yang teduh.

3.Memakai alat pelindung cahaya matahari seperti cermin mata hitam, pakaian berlengan dan berkaki panjang serta topi lebar menutupi kepala, belakang leher dan telinga.

4.Sapukan losyen hadang matahari sekurang-kurang 30 minit sebelum keluar. Sapu semula sekurangku­rangnya setiap dua jam dan setiap kali selepas badan terkena air atau berpeluh kerana losyen hadang matahari hanya berkesan dalam tempoh yang terhad.

Tahukah anda apa maksud SPF yang tertera pada krim atau losyen hadang matahari atau produk jagaan kulit?

Kajian menunjukka­n bahawa kulit mula menjadi gelap selepas terdedah kepada matahari selama 10 minit tanpa perlindung­an. Ukuran tahap pelindunga­n yang diberikan losyen atau krim hadang matahari dipanggil Sun Protective Factor (SPF). Terdapat beberapa tahap SPF yang tertera pada produk kulit di pasaran seperti SPF 15, SPF 30, SPF 50 dan sebagainya.

Jadi produk yang mengandung­i SPF 30 akan dapat melindungi kulit selama 30 kali dalam 10 minit iaitu selama 300 minit atau lima jam. Jika anda menggunaka­n produk yang mengandung­i SPF 50, bermaksud perlindung­an yang diberikan ialah selama lapan jam, cukup untuk melindung kulit pada siang hari. Oleh itu lebih tinggi kepekatan SPF dalam losyen, lebih lama kadar pelindunga­nnya.

Namun, pemakaian krim pelindung harus diulang atau ditokok hampir setiap dua jam jika anda banyak berpeluh atau mencuci muka kerana kekuatan tahap pelindunga­n akan menjadi kurang dan hilang akibat cucian oleh air keringat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia