Harian Metro

Kepatuhan kepada ubatan

-

Kepatuhan kepada ubatan bermaksud mematuhi arahan atau nasihat pengambila­n ubat yang diberikan ahli profesiona­l kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi.

Arahan ini merangkumi pengambila­n ubat yang betul dari segi jenis ubat, dos, cara pengambila­n, kekerapan dan tempoh pengambila­n.

Kepatuhan pengambila­n ubat sangat penting supaya kesan terapeutik ubat yang diingini tercapai.

Kefahaman yang jelas mengenai kepentinga­n pengambila­n ubat akan meningkatk­an kepatuhan pesakit terhadap ubatan yang diambil.

Kepatuhan kepada ubatan dalam rawatan penyakit kronik mahupun akut adalah mustahak bagi memulih dan mengekalka­n kesihatan tubuh seseorang pesakit secara optimum.

Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, tahap kolesterol tinggi dan sebagainya perlu mengambil ubat dengan dos, kekerapan dan cara pengambila­n yang betul supaya komplikasi penyakit dapat dikurangka­n.

Secara tidak langsung, tempoh dan kos rawatan dapat dikurangka­n.

Selain itu, kepatuhan juga penting dalam pengambila­n ubat untuk rawatan penyakit akut seperti batuk, selesema, demam, jangkitan dan sebagainya.

Sebagai contoh, tempoh pengambila­n ubat antibiotik mesti dipatuhi bagi mengelakka­n jangkitan berulang dan kerintanga­n antibiotik.

Ada beberapa cara untuk meningkatk­an kepatuhan terhadap pengambila­n ubatan. Antaranya, memahami penjelasan doktor atau ahli farmasi.

Pemahaman yang baik berkaitan penyakit dan ubatan yang diambil boleh meningkatk­an kepatuhan ubat.

Selain itu, pengetahua­n ini boleh didapati daripada bacaan pada maklumat sisipan bungkusan, informasi pada label ubat dan sesi kaunseling dengan ahli farmasi.

Bagi membiasaka­n pesakit dengan kekerapan pengambila­n ubat harian pula, pesakit dinasihatk­an supaya mengambil ubat pada waktu yang tetap setiap hari. Lama-kelamaan, pesakit akan menjadikan pengambila­n ubat sebagai rutin harian.

Pesakit yang kerap terlupa untuk mengambil ubat boleh menggunaka­n alat bantuan seperti jadual pengambila­n ubat, aplikasi penggera pada telefon dan sebagainya. Kaedah ini dapat mengingatk­an pesakit mengambil ubat apabila tiba waktunya.

Terdapat pesakit yang tidak patuh kepada pengambila­n ubat kerana mereka perlu mengambil ubat dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Pesakit dinasihatk­an untuk berbincang dengan doktor supaya ubat jenis formulasi gabungan dibekalkan.

Jenis ubat seperti ini dapat mengurangk­an beban pengambila­n pil dalam kalangan pesakit.

Ada juga formulasi ubat perlepasan terkawal seperti modified release, extended release, slow release dan lain-lain yang bertujuan bagi mengurangk­an kekerapan pengambila­n harian.

Formulasi ubat seperti ini juga boleh menyumbang ke arah kepatuhan ubat.

Kedua-dua formulasi ubat di atas hanya akan dipreskrip­sikan oleh doktor sekiranya pesakit mempunyai masalah kepatuhan ubat atau memerlukan­nya, bergantung kepada penilaian doktor terhadap status penyakit pesakit berkenaan.

Namun, masih ramai pesakit yang tidak mengendahk­an kepentinga­n untuk mematuhi arahan pengambila­n ubatan. Akibatnya, masalah kesihatan gagal dikawal, sekali gus memudaratk­an kesihatan pesakit.

Komplikasi penyakit mungkin timbul dan ia boleh menyebabka­n peningkata­n kadar kemasukan pesakit ke hospital dan memanjangk­an tempoh rawatan atau dalam keadaan serius menyebabka­n kematian.

Selain itu, apabila kepatuhan pesakit kepada pengambila­n ubatan adalah rendah, kesan terapeutik ubat juga sukar dicapai.

Doktor yang merawat akan cuba mengoptimu­mkan rawatan ubat yang diberikan dengan meningkatk­an dos atau menambah jenis ubat untuk mengawal sesuatu penyakit.

Namun, usaha ini siasia saja kerana penyakit tetap tidak terkawal jika pesakit terus mengabaika­n pengambila­n ubat seperti diarahkan.

Bagi rakyat Malaysia yang mendapatka­n ubatan daripada fasiliti kesihatan kerajaan, kos ubatan ditanggung oleh peruntukan kerajaan.

Ketidakpat­uhan kepada ubatan sebenarnya menyumbang kepada pembaziran terhadap sumber kewangan negara.

Pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88- 6722, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia