Harian Metro

Sakit belakang berulang-ulang

-

Saya suri rumah berusia 70 tahun menghadapi penyakit spinal stenosis sejak setahun lalu. Rasa sakit bermula dari belakang pinggang hingga ke kaki. Saya tidak boleh berjalan jauh lebih 10 meter kerana sakit belakang semakin teruk.

Malah, saya susah bangun dari katil pada waktu pagi kerana amat sakit sehingga perlu buat senaman regangan beberapa minit dulu, baru boleh bergerak ke bilik air. Doktor ortopedik kata, saraf saya terhimpit di kawasan pinggang.

Selepas imbasan MRI, rawatan pertama dilakukan ialah suntikan epidurolis­is yang bertujuan membaik pulih ruang epidural yang sempit di hospital swasta. Malangnya, lega hanya empat minggu dan selepas itu, sakit semula dan kali ini lebih banyak pada bahagian pinggul.

Saya diberitahu oleh doktor yang merawat jika suntikan epidurolis­is tidak berkesan maka inilah masanya untuk dilakukan pembedahan. Namun saya menolak pembedahan kerana risiko yang tinggi pada umur ini.

Walaupun banyak rawatan dicuba, sakit pinggang dan punggung semakin teruk. Kadangkala ia berubah tempat hingga saya tidak boleh berdiri dan duduk lama.

Saya kecewa kerana kesakitan ini tidak berkesudah­an dan situasi ini menjejaska­n rutin saya.

Jika anda rasa sakit kali ini berbeza daripada sebelum rawatan pertama, kemungkina­n besar sakit berpunca daripada sebab lain seperti:

a. Kecederaan pada otot rangka yang kronik disebabkan tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik yang tidak sihat.

b. Sakit sendi facet dan spondilosi­s - penyakit ini disebabkan oleh proses penuaan pada tulang belakang.

c. Sakit berpunca daripada cakera tulang belakang (discogenic pain) - penyakit ini disebabkan proses penuaan yang berlaku dalam cakera tulang belakang. Pesakit akan mengalami sakit belakang pinggang yang berpunca dari dalam cakera yang rosak.

d. Cakera tulang belakang tergelinci­r - Akar saraf terhimpit dan sakit ini akan menyebabka­n sakit belakang yang menjalar ke kaki. Batuk dan bersin akan menambah kesakitan. Begitu juga jika pesakit dalam posisi tunduk ke hadapan.

e. Spinal stenosis - Akar saraf akan terhimpit. Sakit ini juga akan menyebabka­n sakit belakang yang menjalar ke kaki tetapi sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat.

f. Spondiloli­stesis - tulang belakang yang tergelinci­r antara satu sama lain.

g. Kelainan struktur seperti tulang belakang yang bengkok (kifosis atau skoliosis) dan struktur tulang punggung (pelvis) dan sebagainya.

h. Kanser pada tulang belakang.

i. Sakit artritis pada sendi pinggul (sendi sakroiliak) j. Osteoporos­is k. Kesakitan dari tempat lain (referred pain) daripada penyakit organ dalam abdomen dan pelvis

l. Penyakit keradangan atau jangkitan kuman pada tulang belakang.

Tidak ada ubat ajaib yang boleh menyelesai­kan masalah kesakitan kronik ini dengan begitu mudah. Semua pesakit mahu cepat pulih tapi malangnya kesakitan kronik mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya.

Apabila proses penuaan berlaku pada tulang belakang, ia membabitka­n lebih daripada satu struktur. Biasanya cakera tulang belakang, otot, saraf terhimpit, ligamen dan artritis boleh menjadi punca kesakitan pada tulang belakang.

Proses artritis pula akan merebak dari sendi ke sendi berhampira­n. Sakit yang berpunca daripada artritis, sendi facet (sindrom facet serviks) dan penuaan tulang belakang adalah penyebab utama (50 peratus).

Semuanya boleh berlaku serentak dan ada yang menyusul kemudian. Jadi tidak hairan sakit belakang boleh terasa semula selepas sekian lama lega dengan rawatan yang sudah dijalani. Besar kemungkina­n sakit kini dicetuskan oleh punca yang lain.

Pesakit hanya tahu mengeluh rasa sakit pada pinggang tetapi doktor yang bijak akan dapat mengenal pasti dan membezakan punca kesakitan kini berbanding dengan yang dahulu. Pada pengalaman saya, lebih 60 peratus pesakit menunjukka­n diagnosis atau punca sakit yang baru jika mereka berjaya dirawat oleh suntikan radiofreku­ensi (RF) sebelum itu.

Ini bermakna rawatan suntikan RF begitu efektif. Pesakit akan menghargai rasa nikmat hidup tanpa sakit selepas menjalani rawatan lalu membuatkan mereka setia untuk menjalani rawatan seterusnya.

Dalam kes anda, sakit pada punggung berkemungk­inan datang daripada artritis sendi pinggul atau otot piriformis (sindrom piriformis). Kedua-dua penyakit ini boleh dirawat dengan suntikan RF secara berkesan.

Dengan kepakaran, teknologi dan ubat terkini, rawatan untuk kesakitan kronik dapat dirawat dengan cepat dan efektif. Semua penyebab sakit tulang belakang yang disebutkan boleh dirawat dengan kaedah suntikan pengurusan penyakit terkini.

Malah, dalam banyak situasi, pembedahan tulang belakang boleh dielakkan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia