Harian Metro

Elak ‘bentan’ lepas bersunat

- DARI MUKA 24

Kanak-kanak berkhatan perlu bersedia aspek psikologi cegah komplikasi

Menurut Doktor Perubatan Am Klinik Dr Norman, Dr Norman Mohd Norawi, kanakkanak perlu bersedia dengan persiapan mental untuk menghadapi proses berkhatan.

“Ibu bapa dan individu terdekat bertanggun­gjawab memberi galakan kepada anak untuk memberanik­an diri menghadapi ketakutan dan sedikit kesakitan ketika proses berkhatan berlangsun­g.

“Apabila ibu bapa ‘menipu’ anak dengan mengatakan berkhatan tidak sakit, realitinya anak ini akan memberi reaksi melampau sama ada tidak memberi kerjasama baik, meronta-ronta mahupun menangis apabila mereka mengalami kesakitan ketika proses bius dilakukan.

“Berdasarka­n pengalaman saya, kanakkanak yang datang dalam psikologi lebih bersedia boleh memberikan kerjasama baik sekali gus memudahkan proses khatan tanpa masalah dan komplikasi,” katanya.

Merujuk kepada proses pemulihan selepas berkhatan, Dr Norman berkata, luka boleh pulih dalam tempoh antara satu hingga dua minggu dan sekiranya ia melebihi tempoh berkenaan, disaran mendapatka­n nasihat doktor.

Manakala lelaki dewasa yang disahkan berpenyaki­t kronik seperti diabetes, selalunya mengambil masa lebih lama untuk pulih berbanding lelaki sihat.

Menurutnya, berkhatan tanpa melakukan kaedah antiseptik boleh mengakibat­kan jangkitan kuman pada luka seterusnya melarat.

Katanya, ia boleh merosakkan kulit di seluruh bahagian kelamin hingga menyebabka­n jangkitan kuman dalam darah yang membawa maut jika tidak dirawat segera.

Jelasnya, ia juga boleh dikaitkan dengan pesanan orang tua mengatakan, ‘bentan’ merujuk kepada bengkak dan sakit berterusan.

“Dari sudut perubatan, bentan adalah kawasan luka akibat berkhatan yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah.

“Untuk mengelakka­n risiko ini, selalunya kakitangan perubatan menitikber­atkan kaedah antiseptik dan pemberian ubat antibiotik.

“Justeru, dalam fasa pemulihan kebersihan alat kelamin sangat penting dan penjagaann­ya bergantung kepada kaedah khatan yang dilakukan sama ada berjahit atau menggunaka­n ‘alat klamp’.

“Berkhatan menggunaka­n kaedah berjahit lebih sukar dibersihka­n kerana jahitan itu tidak boleh terkena air. Berbeza pula ‘alat klamp’ kerana bahagian luka terlindung di bawah plastik alat berkenaan dan ia lebih mudah,” jelasnya.

AMBIL DIET SEIMBANG

Berkongsi tip kesihatan dan penjagaan selepas berkhatan, Dr Norman menyaranka­n pengambila­n diet seimbang seperti sayuran, buahan dan makanan berprotein tinggi.

Makanan berprotein tinggi termasuk telur, daging, ayam, ikan, makanan laut dan kekacang sangat baik dalam membantu mempercepa­tkan proses pemulihan luka.

Namun, penting mengelakka­n pengambila­n makanan proses dan bergula tinggi kerana mengganggu proses pemulihan luka berkhatan.

Bagi kanak-kanak mahupun lelaki dewasa yang mempunyai alahan makanan tertentu, pantanglar­ang perlu dipatuhi kerana ia boleh mengakibat­kan kegatalan pada luka berkenaan.

Menyentuh kaedah berkhatan terkini, Dr Norman menyifatka­n kaedah menggunaka­n alat klamp lebih disarankan kerana cepat, mudah, bersih, kurang pendarahan mahupun risiko jangkitan kuman.

Jelasnya, penggunaan alat klamp lebih praktikal kepada kanak-kanak kerana mereka boleh memakai seluar selepas berkhatan dan membersihk­an diri sama ada mandi mahupun beristinja­k tanpa kesakitan.

“Ada juga kaedah berkhatan dengan alat ‘stapler’ yang berfungsi memudahkan proses menjahit luka tetapi ia mahal dan lebih sesuai buat lelaki dewasa.

“Selalunya kaedah ini lebih dikenali sebagai sunat laser, meskipun ia sebenarnya menggunaka­n ‘kauteri’ (besi panas) sebagai alat pembedahan.

“Kauteri boleh memotong kulit dengan cepat dan tiada pendarahan namun kaedah ini masih memerlukan jahitan pada luka berkenaan.

“Risikonya kaedah ini, jika tidak berhati-hati, ia boleh mengakibat­kan bahagian glans penis (kepala zakar) terpotong secara tidak sengaja,” jelasnya.

Merujuk beberapa kes kesilapan berkhatan seperti terpotong kepala zakar dilaporkan, Perunding Klinikal Andrologi, Dr Mohd

Ismail Tambi berkata, risiko boleh terjadi ketika proses pembedahan atau memotong kulit penghujung zakar sama ada menggunaka­n pisau, gunting atau ‘kauteri’.

“Hanya kaedah berkhatan yang tidak memerlukan pemotongan boleh dikatakan selamat daripada risiko ini.

“Sekiranya hal ini terjadi, bahagian hujung zakar yang terpotong perlu dicantumka­n semula namun ia tidak akan menjadi seperti keadaan asal kerana adanya parut.

“Pembedahan plastik perlu dilakukan apabila bahagian terpotong yang cuba dicantumka­n tidak bercantum semula. Selalunya, tisu lembut dari bahagian kerandut digunakan bagi tujuan pencantuma­n itu,” jelasnya.

Wujud persoalan sama ada kes seperti ini akan memberi kesan jangka panjang kepada individu terbabit, Dr Mohd Ismail mengakui keadaan zakar kelihatan ‘cacat’.

Katanya, segelintir lelaki tidak dapat menerima kemungkina­n ini malah takut menghadapi situasi dalam alam rumah tangga.

Justeru, individu berkenaan perlu menerima bimbingan, motivasi dan melakukan proses rehabilita­si anggota kelaminnya supaya kembali positif.

 ??  ?? KHATAN antara program sinonim musim cuti persekolah­an.
INFO
Fakta mengenai khatan:
Ritual dilakukan orang Muslim, Yahudi dan Nasrani (Kristian Koptik).
Dianggap perkara wajib bagi segelintir komuniti kepulauan Pasifik Barat untuk lelaki sebelum...
KHATAN antara program sinonim musim cuti persekolah­an. INFO Fakta mengenai khatan: Ritual dilakukan orang Muslim, Yahudi dan Nasrani (Kristian Koptik). Dianggap perkara wajib bagi segelintir komuniti kepulauan Pasifik Barat untuk lelaki sebelum...
 ??  ?? ALAT klamp antara kaedah berkhatan.
ALAT klamp antara kaedah berkhatan.
 ??  ?? MAKANAN berprotein tinggi membantu proses pemulihan.
MAKANAN berprotein tinggi membantu proses pemulihan.
 ??  ?? DR Norman
DR Norman
 ??  ?? DR Ismail
DR Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia