Harian Metro

ASMARA SAMUDERA

-

Provos Tentera Laut (Protela) TLDM Sepanggar.

“Walaupun kami samasama berasal daripada pantai timur Semenanjun­g, kami tidak mengenali antara satu sama lain sehinggala­h bertugas di TLDM Kota Kinabalu.

“Kami berkenalan sejak berkhidmat di sini, susah senang kami bersama kerana berjauhan daripada keluarga sehingga terbit perasaan sayang,” katanya.

Pasangan terbabit sudah melangsung­kan pernikahan pada 27 November lalu di Kelantan, dan baru kini melaksanak­an majlis persanding­an beramairam­ai dalam majlis itu, semalam.

Suaminya, Khairul

Amin pula berkata, dia bersyukur tidak terhingga kerana akhirnya dapat melaksanak­an majlis persanding­an seperti insan lain walaupun dengan bajet terhad.

“Hanya berbekalka­n RM250 saya dan isteri dapat meraikan majlis persanding­an seperti pasangan lain dan kini berhasrat supaya mampu membimbing isteri dengan baik,” katanya.

Menurutnya yang sudah empat tahun berkhidmat dalam Protela, selama ini dia dan isteri bersikap profesiona­l di tempat kerja walaupun selepas ini bakal dipindahka­n ke unit lain.

“Saya dan isteri bersedia sekiranya dipindahka­n ke unit yang berbeza walaupun sebelum ini berkhidmat dalam unit yang sama sejak awal perkenalan,” katanya.

Sementara itu, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, program terbabit bertujuan membantu pasangan menjimatka­n kos mengadakan kenduri kahwin.

“Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM250. Majlis dilaksanak­an secara bergotong-royong oleh warga TLDM sendiri dengan upacara perarakan pengantin, persembaha­n silat dan memotong kek.

“Program ini juga memberikan peluang kepada pasangan pengantin berarak dengan menaiki kereta ‘buggy’ berhias hasil sentuhan dan kreativiti warga TLDM,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu, semalam.

 ??  ?? PASANGAN pengantin diraikan pada Majlis Perkahwina­n Beramai-ramai sambil disaksikan Syed Zahiruddin Putra di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM, dekat Kota Kinabalu, semalam.
PASANGAN pengantin diraikan pada Majlis Perkahwina­n Beramai-ramai sambil disaksikan Syed Zahiruddin Putra di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM, dekat Kota Kinabalu, semalam.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia