Harian Metro

PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUT HINGGA JANUARI

- Razik Zayad am@hmetro.com.my

Polis Sabah melanjutka­n perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang kini memasuki fasa ke-79 bermula esok hingga 1 Januari 2018.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, lanjutan itu adalah berikutan fasa perintah berkurung sebelumnya tamat pada jam 6 petang semalam mengikut Seksyen 31(1) Akta Polis 1967 dan selain memastikan tahap keselamata­n di perairan negeri ini terus berada dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman.

Beliau berkata, keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ini antara lain bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n kajian mereka di pulau-pulau sekitar pantai timur Sabah.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih menerima maklumat yang mendedahka­n kumpulan culik untuk tebusan wang (KFR) dan militan Abu Sayaff masih mencuba melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan di perairan negeri ini.

“Untuk rekod, polis masih menerima maklumat berhubung terdapat cubaan daripada kumpulan KFR dan militan Abu Sayaff yang masih mengintai peluang untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Sehubungan itu, kita akan melanjutka­n perintah berkurung yang mana fasa terdahulu tamat pada malam tadi (semalam) dan akan disambung semula hingga 1 Januari hadapan,” katanya, di sini, semalam.

Perintah berkurung mula diperkenal­kan pada 19 Julai 2014 itu meliputi jarak tiga batu nautika dari pantai dan membabitka­n tujuh daerah di ESSZONE.

 ??  ??
 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia