Harian Metro

MENDIDIK DENGAN KESABARAN

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Ramai berangapan kerjaya sebagai guru tadika sangat mudah tetapi hakikat sebenarnya tidak seperti sangkaan kebanyakan orang.

Bagi Ikon Metro kali ini, Norlianeh Ali, 29, tanggapan itu tidak tepat kerana kerjaya berkenaan memerlukan seseorang memiliki komitmen dan kesabaran tinggi.

Malah, mereka perlu memiliki kefahaman berhubung aspek psikologi dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Ramai berpendapa­t bidang pendidikan awal kanak-kanak tugas mudah kerana kita mengajar kanak-kanak kecil. Mereka menyangka sesiapa sahaja boleh menjadi guru tadika. Mentaliti itu disebabkan mereka melihat kerjaya ini bukan pendidikan pada peringkat tinggi seperti sekolah menengah dan universiti.

“Sedangkan, waktu kanak-kanak belajar di tadika adalah tempoh paling penting untuk membentuk jati diri sebelum melangkah ke alam persekolah­an,” katanya.

Menurut gadis kelahiran Beaufort ini, peringkat awal usia kanak-kanak mempengaru­hi sifatnya, pada kemudian hari. Ini jelas kebanyakan daripada individu amat terkesan dengan pengalaman ketika kecil.

Sehubungan itu, pakar psikologi mencadangk­an pelbagai alternatif membantu memperting­katkan perkembang­an otak kanakkanak.

“Sebagai guru tadika, kami perlu menggunaka­n cara lebih kreatif mendidik kanak-kanak. Tidak kira pembelajar­an melalui mengenal huruf, perkataan, melukis, mewarna dan apa-apa jua aktiviti untuk membentuk kemahiran mereka,” katanya.

Katanya, peranan guru tadika dapat mempengaru­hi emosi, sifat dan pembentuka­n identiti kanak-kanak.

Gadis mesra dipanggil Yanie ini berkata, cabaran bergelar guru tadika pastilah dalam menangani pelbagai kerenah dan anak muda.

Katanya, kejayaan yang dimilikiny­a kini adalah hasil usaha tidak mengenal jemu untuk memajukan diri sendiri selain mahu hidup dalam keadaan selesa berbanding sebelum ini.

“Pada peringkat awal sambutan terhadap gimnasium saya kurang memberangs­angkan sehingga saya hampir putus asa.

“Namun dorongan rakan selain niat untuk memperbaik­i kehidupan membolehka­n peniagaan saya mampu bertahan hingga sekarang. Hasil usaha keras tidak saja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi ia perlu diterjemah­kan kepada masyarakat dan saya kini mampu melatih atlet yang berkeboleh­an sehingga berjaya meraih kejuaraan ‘Mr Fitness’ di Sarawak.

“Lebih buat saya terharu, jumlah keahlian semakin meningkat di IronCore Gym dan saya menawarkan ragam kanak-kanak.

“Kita sedia maklum, kebanyakan kanakkanak sangat aktif dan mempunyai pemahaman serta penerimaan yang berbeza dalam sesuatu perkara. Apatah lagi, pusat didikan kami menyediaka­n latihan dan pembelajar­an untuk kanak-kanak autistik,” katanya.

Bercerita lanjut, dia berkata, sebagai guru, mereka berperanan untuk memastikan kanak-kanak memenuhi potensi dalam diri mereka.

“Tidak kira apa jenis kerenah sekalipun, sebagai pendidik, saya perlu banyak bersabar.

Ada kala terasa sukar, namun kekuatan mental dan rohani diperlu untuk meneruskan didikan bagi memastikan kanak-kanak minat untuk belajar,” katanya.

Norlianeh yang juga anak keenam dalam lapan beradik berkata, dia berazam untuk terus berkhidmat sebagai guru tadika selagi diperlukan.

“Pada masa sama, saya juga mengintai peluang untuk mengusahak­an produk kecantikan,” katanya.

keistimewa­an antaranya tunjuk ajar dan latihan secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, apa jua diimpikan pasti dapat direalisas­ikan sekiranya seseorang itu mempunyai niat betul, tawakal dan tidak mengenal erti putus asa dalam kehidupan.

“Ada benar kata pepatah ‘bukan senang nak senang, bukan susah nak susah’ kerana apa yang kita miliki kini adalah hasil usaha sendiri untuk memperbaik­i kehidupan agar lebih baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia