Harian Metro

PELURU BAKAKUK BUNUH GAJAH

-

senjata itu sama ada untuk berburu atau menjaga kebun tanaman daripada serangan hidupan liar. Terbaru, pada 17 November lalu, gajah jantan yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Ladang Cenderamat­a, Tawau, dipercayai ditembak menggunaka­n senapang bakakuk. Ia berdasarka­n peluru penabur yang ditemui pada haiwan itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL)

Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi berkata, siasatan juga mendapati haiwan itu mati dalam tempoh 48 jam sebelum bangkainya ditemui oleh orang awam.

“Kami tidak pasti sama ada senapang bakakuk yang digunakan dalam kejadian itu berlesen atau tidak tetapi peluru adalah jenis penabur.

“Siasatan masih diteruskan untuk mencari saksi yang mempunyai maklumat berkaitan suspek,” katanya.

Gajah dengan ketinggian 2.7 meter itu dipercayai ditembak pemburu haram sebelum bangkainya ditemui pekerja ladang terbabit. Pada Oktober lalu, pemilikan senjata api itu meragut nyawa dua lelaki yang maut akibat terkena tembakan senapang bakakuk dalam dua kejadian berasingan di negeri ini.

Pada kejadian pertama, seorang pengawal keselamata­n ditemui mati, disyaki terkena tembakan senjata api jenis bakakuk di ladang sawit berdekatan Sungai Koyah, di Kampung Paris Tiga, Kinabatang­an, pada 20 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun, ditemui oleh anak lelakinya yang berusia 22 tahun di satu lokasi ladang berkenaan. Anaknya kemudian melaporkan kejadian kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an, Superinten­dan A

Sahak Rahmat berkata, berdasarka­n keterangan isteri mangsa yang berusia 40-an, lelaki berkenaan membawa senjata api buatan sendiri dan beberapa peluru.

“Difahamkan, tujuannya membawa senjata api terbabit untuk menjaga keselamata­n diri daripada binatang liar seperti gajah dan babi hutan. Berdasarka­n siasatan awal, polis mendapati ada kesan tembakan di bahagian leher di bawah dagu sebelah kiri mangsa.

“Polis juga merampas senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, enam peluru dan satu kelongsong peluru,” katanya.

Difahamkan, lelaki Indonesia itu mungkin terkena tembakan dari senjata api itu apabila dia tergelinci­r ketika berjalan di kawasan ladang berkenaan.

Kejadian kedua, pada 12 Oktober lalu, seorang lelaki tertembak sepupunya selepas menyangka mangsa adalah kijang ketika berburu di kawasan hutan Kampung Langkabung­an 2, Kota Marudu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Andreas

Labin, 22, meninggal dunia terkena tembakan dilepaskan daripada bakakuk di kawasan hutan di Kampung Langkabung­an 2.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, polis turut merampas bakakuk bersama kelongsong peluru.

Bagaimanap­un, bakakuk juga ada kalanya digunakan oleh orang awam ketika pergaduhan. Pada 14 Jun lalu, seorang lelaki cedera selepas ditembak menggunaka­n senjata api buatan sendiri jenis bakakuk dalam pergaduhan dua kumpulan selepas berlaku salah faham di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan

Dam, Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa yang juga warga tempatan berusia 22 tahun cedera di buku lali kiri dan kanan sebelum dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudian dipindahka­n ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? GAJAH yang ditembak mati menggunaka­n senjata api jenis bakakuk di Ladang Cenderamat­a, Tawau. CLARICE menunjukka­n kawasan yang dinaiki air.
GAJAH yang ditembak mati menggunaka­n senjata api jenis bakakuk di Ladang Cenderamat­a, Tawau. CLARICE menunjukka­n kawasan yang dinaiki air.
 ??  ?? SENJATA buatan sendiri jenis bakakuk yang dirampas.
SENJATA buatan sendiri jenis bakakuk yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia