Harian Metro

Jodoh ‘reunion’

Pertemuan semula rakan sekolah selepas 4 tahun terpisah bawa ke jenjang pelamin beramai-ramai

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Pertemuan semula dengan rakan persekolah­an lama selepas terpisah selama empat tahun membuahkan bibit percintaan hingga membawa ke jenjang pelamin buat pasangan sejoli Mohamed Fikri Mohd Abdul Rahman Balin dan Nur Husnina Mohd Zuki.

Mereka yang masing-masing berusia 25 tahun antara 24 pasangan pengantin yang menyertai Majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Pasir Gudang 2017 anjuran Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor menerusi Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, di sini, semalam.

Mohamed Fikri yang bekerja sebagai penyelia di sebuah stesen minyak berkata, mereka mengenali antara satu sama lain ketika berada di Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 3, di sini, namun tidak sebulu kerana sering bertengkar di dalam kelas.

“Bagaimanap­un, hubungan kami semakin baik apabila melangkah ke sekolah menengah dan pernah satu ketika kami jatuh hati, namun ia hanya cinta monyet dan bertahan selama beberapa bulan.

“Kami kemudian terputus hubungan kerana masing-masing melanjutka­n pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun majlis ‘reunion’ yang diadakan Kelab Teater Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 pada 2013 kembali mengeratka­n hubungan kami hingga akhirnya mengikat tali pertunanga­n tiga bulan lalu,” katanya.

Katanya, dia menyedari mengenai majlis pernikahan beramai-ramai itu yang dihebahkan dalam laman sosial menerusi ibunya sebelum bersetuju menyertain­ya selepas perbincang­an dibuat kedua-dua pihak.

“Mengikut perancanga­n asal, kami bercadang mahu berkahwin tahun depan, namun bersyukur dapat menyertai program ini kerana sekurang-kurangnya menjimatka­n kos perbelanja­an untuk menjadi raja sehari.

“Kami bercadang mengadakan kenduri kesyukuran pada 23 Disember ini untuk menjemput kenalan dan saudara-mara yang tidak dapat hadir pada hari ini (semalam) memandangk­an setiap mempelai hanya boleh membawa 100 tetamu,” katanya.

Sementara itu, Nur Husnina yang bertugas di sebuah klinik swasta berkata, dia sememangny­a mahu menyertai program seumpama itu selepas melihat sepupunya merakamkan hari bersejarah pada majlis pernikahan beramai-ramai sebelum ini.

“Saya berpendapa­t lebih meriah sekiranya dapat melangsung­kan perkahwina­n pada majlis seumpama ini,” katanya.

Program berkenaan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Datuk Maulizan Bujang.

Hadir sama, Setiausaha MPPG Saipol Rahman Amat.

Dalam pada itu, Maulizan berkata, semua pasangan berkenaan dinikahkan enam jurunikah yang diketuai Dzulkafli Mohamed.

Katanya, mereka tidak dikenakan sebarang bayaran, sebaliknya mereka hanya perlu menyediaka­n baju pengantin.

“Kami mengucapka­n tahniah kepada semua pengantin dan berharap program ini diadakan secara berterusan bagi mengukuhka­n institusi kekeluarga­an,” katanya.

Kami bersyukur dapat sertai program yang menjimatka­n kos

Mohamed Fikri

 ??  ?? PENGANTIN yang menyertai Majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Pasir Gudang 2017, semalam.
PENGANTIN yang menyertai Majlis Pernikahan Beramai-ramai Peringkat Pasir Gudang 2017, semalam.
 ??  ?? MOHAMED Fikri dan Nur Husnina bersyukur dapat menyertai program menjimatka­n kos.
MOHAMED Fikri dan Nur Husnina bersyukur dapat menyertai program menjimatka­n kos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia