Harian Metro

Umrah ‘sangkut’

 10 mangsa dakwa kerugian RM71,000 diperdaya ‘ustazah’

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Kami sepatutnya berangkat menunaikan umrah hari ini (semalam) selepas dua kali ditunda sebelum ini, tetapi kecewa apabila individu yang bertanggun­gjawab menguruska­n kami memberi alasan tiket penerbanga­n tiada petang semalam (kelmarin) sedangkan segala barangan sudah siap sejak awal bulan ini”.

Begitu kata seorang mangsa yang enggan dikenali berusia 54 tahun dari Guar Chempedak yang mendakwa ditipu seorang wanita untuk menunaikan umrah buat kali pertama.

Malah, dia dan isteri turut mengadakan kenduri doa selamat dengan menjemput 300 jemputan termasuk penduduk kampung dan ahli keluarga, tetapi hingga sekarang tidak dapat pergi menunaikan umrah seperti yang diimpikan, selain menanggung malu.

Dia antara 10 mangsa yang diperdaya wanita mendakwa dirinya seorang ustazah dengan menawarkan pakej umrah membabitka­n kerugian RM71,000.

Katanya, pada mulanya dia tidak kisah apabila penerbanga­n pertama pada 6 Disember lalu ditunda dengan alasan sama kerana tiket penerbanga­n tiada dan dijanjikan penerbanga­n seterusnya pada 9 Disember.

“Saya menggunaka­n wang simpanan RM14,200 hasil mengusahak­an sawah dan tak sabar untuk membawa isteri, 53 tahun ke Makkah, tetapi kecewa apabila apa yang diharapkan tidak kesampaian, malah sudah menukar wang tunai RM2,000 kepada mata wang Riyal (Arab).

“Saya malu setiap kali jumpa orang kampung, mereka akan tanya kenapa masih ada di rumah kerana sepatutnya berlepas ke tanah suci dan setiap kali itu juga, saya memberikan pelbagai alasan untuk menyedapka­n hati, tetapi kecewa dengan apa yang dilalui,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) di Simpang Kuala di sini, semalam.

Mangsa lain, wanita warga emas berusia 71 tahun yang menetap di bandar raya ini berkata, dia terkilan kerana seorang ‘ustazah’ yang dipercayai dan dikenali di sebuah masjid di Tandop, dekat sini, berjaya mempengaru­hinya menyertai pakej umrah hingga dia mengajak birasnya untuk pergi bersamanya.

Katanya, walaupun tidak yakin wang RM7,100 seorang itu akan diperoleh semula, dia sedih kerana birasnya yang berusia 60-an sanggup menggunaka­n semua wang simpanan mengasuh kanak-kanak untuk membayar wang bagi membolehka­n dia menunaikan umrah.

“Biras saya orang susah dan menetap di Perlis. Apabila saya mengajakny­a untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci dia tidak menolak dan sanggup tinggal bersama saya di sini hingga seminggu untuk mendalami ilmu agama sebagai bekalan ke sana.

“Apabila perkara ini berlaku, dia sangat kecewa dan pulang semula ke Perlis dengan hati yang berat walaupun sudah melakukan kenduri doa selamat sebelum ini di rumahnya sebagai persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci kerana mak cik dah selalu tunai umrah sebelum ini,” katanya.

Saya malu setiap kali jumpa orang kampung, mereka akan tanya kenapa masih ada di rumah

Mangsa

 ??  ?? MOHD Yusrizal menerima aduan daripada mangsa penipuan pakej umrah.
MOHD Yusrizal menerima aduan daripada mangsa penipuan pakej umrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia