Harian Metro

Pensyarah antara 70 mangsa sindiket panggilan palsu

-

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima 70 aduan daripada mangsa di negeri ini yang mendakwa terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan palsu atau scam yang menggunaka­n pelbagai tipu helah untuk mengaut keuntungan dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan aduan diterima hampir setiap hari.

Setiausaha CAKE Mohd Yusrizal Yusoff berkata, aduan itu diterima sejak Februari lalu membabitka­n jumlah kerugian keseluruha­n mencecah lebih RM100,000, malah beliau percaya lebih ramai yang menjadi mangsa, tetapi malu membuat aduan.

Beliau berkata, semua mangsa bukan saja daripada golongan warga emas malah ada juga golongan profesiona­l, remaja dan suri rumah di negeri ini dan paling banyak nilai kerugian adalah RM60,000 membabitka­n seorang pensyarah.

“Penipuan ini ada tiga jenis iaitu ada yang menyamar dari Bank Negara Malaysia (BNM), dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), malah mereka juga berlakon untuk memberi keyakinan kepada mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaun tanpa sebarang syak wasangka.

“Mangsa yang mendapat panggilan daripada BNM biasanya terpedaya apabila dimaklumka­n akaun bank mereka dibekukan kerana mempunyai pinjaman tertunggak belum diselesaik­an dan jika mahu selesai, mereka perlu sejumlah wang untuk membuka semula akaun berkenaan.

“Selain itu, panggilan yang mendakwa daripada pegawai polis Bukit Aman juga membuatkan pengguna takut kerana dimaklumka­n mereka menjadi buruan kerana terbabit kes dadah, kemalangan dan sebagainya sebelum menyambung panggilan kepada individu lain kononnya akan membantu menyelesai­kan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

 ??  ?? MOHD Yusrizal menunjukka­n salinan laporan kes penipuan menerusi panggilan telefon yang diterima CAKE.
MOHD Yusrizal menunjukka­n salinan laporan kes penipuan menerusi panggilan telefon yang diterima CAKE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia