Harian Metro

‘Saya baru bayar kes lain’ Mabuk cinta RM130,800

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

 Perancang perkahwina­n mohon majistret kurangkan wang jaminan

“Yang Arif, tolong kurangkan wang jaminan. Saya baru bayar wang jaminan kes lain dan dalam proses menjual beberapa peralatan untuk membayar ganti rugi pelanggan,” rayu pemilik syarikat perancang perkahwina­n Zurin Jundi apabila didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Terdahulu, tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memperdaya pelanggan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai wang jaminan selepas Zurina mengaku faham pertuduhan terhadapny­a.

Bagaimanap­un,

apabila mendengar rayuan Zurina, Mohd Azlan Shah kemudian mengarahka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memperdaya­kan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25, supaya menyerahka­n wang tunai RM5,000 sebagai bayaran kos upah pakej perkahwina­nnya yang dijadualka­n berlangsun­g pada Mac lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Zurin Jundi Wedding Planner, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain itu, satu kes membabitka­n wanita itu turut disebut semula di mahkamah sama berhubung tuduhan memperdaya seorang pelanggan membabitka­n RM8,500 dalam kejadian pada Mei lalu.

Tertuduh sebelum ini didakwa pada 20 November lalu memperdaya­kan Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahka­n wang tunai sebagai bayaran deposit bagi kos upah pakej perkahwina­nnya yang berlangsun­g pada 16 September lalu.

Pada 19 Oktober lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Klang selepas didakwa menipu pelanggann­ya.

Pada 30 Ogos lalu Harian Metro melaporkan, lebih 100 pengantin dan bakal pengantin mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat itu dengan anggaran kerugian keseluruha­n mencecah RM500,000.

Puluhan mangsa yang mendakwa ditipu menyerbu syarikat Zurin Jundi sehingga tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwina­n itu menyediaka­n sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwina­n.

Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwina­n itu memulangka­n semula duit yang dibayar antara RM2,000 hingga RM10,000.

Pada 5 September lalu, peguam Zurin Jundi tampil memohon maaf dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada pelanggan yang mendapat perkhidmat­an kurang memuaskan. Kuala Lumpur: Impian seorang wanita berumah tangga dengan warga Amerika Syarikat musnah apabila dia rugi RM130,800 akibat terpedaya dengan kekasih gelapnya itu selepas berkenalan dengan lelaki berkenaan di laman sosial, Februari lalu.

Pegawai teknologi maklumat syarikat swasta yang berusia 40 tahun dan belum berumah tangga itu mula kemaruk cinta dengan suspek selepas lelaki itu menggunaka­n ayat cinta dan menyamar sebagai warga Amerika Syarikat sejak berkenalan melalui Facebook.

Selepas membuat mangsa jatuh cinta, sindiket mula memasang perangkap pada April lalu apabila seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai Interpol dan memaklumka­n teman lelakinya ditahan kerana melakukan kesalahan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita yang memperkena­lkan diri sebagai Farah itu meminta sejumlah wang untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi kekasih gelap mangsa.

“Untuk membantu teman lelakinya itu, mangsa mula memasukkan wang sejak April hingga Ogos sebanyak 38 kali ke dalam enam akaun berbeza berjumlah RM130,800.

“Mangsa yang mula mengesyaki sesuatu mengenai kejadian itu kemudianny­a membuat laporan polis,” katanya, di sini.

Mohamad Roy berkata, bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari IPD Wangsa Maju membuat serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat di Setia Alam, Shah Alam, Selangor jam 11 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki warga Nigeria berusia 32 tahun serta seorang wanita Singapura berusia 30 tahun.

“Serbuan kedua dilakukan di sebuah kondominiu­m di Damansara, Petaling Jaya,

Selangor dan menahan seorang lagi warga Nigeria berusia 38 tahun serta seorang wanita Britain berusia 35 tahun jam 2.30 pagi, semalam.

“Serbuan di dua lokasi itu turut merampas lapan telefon bimbit, dua komputer riba, seikat wang tunai USD dipercayai palsu dan satu MyKad. Kedua-dua lelaki berkenaan menyamar sebagai warga Amerika Syarikatdi laman sosial manakala wanita Singapura itu sebagai pegawai Interpol.

“Semua suspek direman sehingga 24 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Katanya, pihaknya turut mengesan suspek yang sama menggunaka­n modus operandi sama terhadap beberapa mangsa di Bukit Mertajam, Dang Wangi dan Petaling

Jaya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Roy
MOHAMAD Roy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia