Harian Metro

Panik anak gadis sesak nafas

-

Kuantan: “Saya panik apabila mendapat tahu anak perempuan sesak nafas selepas terperangk­ap dalam bilik yang sedang terbakar dan dipenuhi kepulan asap,” kata pemandu teksi, Hamidi Abd Rahim, 51, yang kerugian RM10,000 apabila sebuah bilik di rumahnya di Taman Kampung Padang, di sini, terbakar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari, anak perempuann­ya, Norhasmiza Ilyani, 18, terselamat selepas berjaya keluar namun mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Hamidi berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian terbabit melalui jiran dan bergegas pulang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya yang tinggal seorang diri ketika itu.

Katanya, dia terkejut apabila melihat bilik anak perempuann­ya musnah akibat kebakaran itu namun bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan kecuali sesak nafas.

“Saya bersyukur kerana pasukan penyelamat sempat menyelamat­kan nyawa anak saya yang ketika itu hampir pengsan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, kebakaran bilik itu hanya membabitka­n 40 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.46 tengah hari.

“Mangsa disahkan selamat selepas mendapat bantuan awal anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, Unit Forensik JBPM akan ke lokasi untuk menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 ??  ?? KEADAAN bilik di rumah Hamidi yang hangus dalam kebakaran.
KEADAAN bilik di rumah Hamidi yang hangus dalam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia