Harian Metro

4 cadangan pakar

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Wujud pusat hentian krisis, pasukan pemantauan khas, CCTV cam wajah, aplikasi khas aduan seludup migran

Wujudkan pusat hentian krisis, pasukan pemantau khas, kamera litar tertutup (CCTV) pengecaman wajah dan aplikasi khas aduan.

Itu saranan diberikan tiga pakar kriminolog­i negara kepada kerajaan khasnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengatasi kegiatan penyeludup­an migran terutama warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Kamal Effendi Hashim berkata, dengan kewujudan pusat hentian krisis di semua pintu masuk utama negara dan lokasi strategik membolehka­n mangsa segera membuat aduan sebaik mendarat di lapangan terbang.

“Atau migran yang dijadikan buruh paksa segera ke lokasi itu bagi mendapatka­n perlindung­an sebaik berjaya melarikan diri daripada sindiket. Kini, migran yang diperdagan­gkan atau dipergunak­an sindiket tidak tahu ke mana mereka hendak mendapatka­n perlindung­an. Jadi, mereka akan terus dimanipula­si ahli sindiket,” katanya.

Manakala Datuk Akhbar Sattar pula menegaskan, penggunaan CCTV pengecaman wajah seperti dipraktikk­an di lapangan terbang terkemuka seperti di New York mampu mengenal pasti ahli sindiket yang sentiasa berulang-alik masuk ke negara ini.

“Penggunaan teknologi ini di New York sangat berkesan dalam mengatasi masalah penyeludup­an migran mahupun pembolosan penjenayah ke negara itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohammad Rahim Kamaluddin yang juga tenaga pengajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, JIM perlu menubuhkan satu pasukan pemantau khas yang bebas bagi melakukan pemantauan di KLIA.

“Pasukan khas itu tidak membabitka­n pegawai imigresen yang bekerja di lapangan terbang. Berperanan untuk memantau saringan warga asing termasuk Bangladesh yang masuk. Bagi mengekalka­n komitmen dan mengelakka­n anasir tidak baik, ahli pasukan khas ini perlu sentiasa ditukar,” katanya.

Katanya, kewujudan pasukan khas 24 jam di lapangan akan mengelakka­n pegawai imigresen daripada terbabit dengan sindiket penyeludup­an migran.

Dalam perkembang­an sama, Kamal dan Rahim mencadangk­an talian bebas aduan atau aplikasi khas aduan diwujudkan bagi memudahkan masyarakat menyalurka­n maklumat.

Bermula 7 Disember lalu, Harian Metro mendedahka­n KLIA dijadikan pintu masuk utama kepada kegiatan penyeludup­an migran dari Bangladesh yang didalangi sendiri pegawai JIM.

Op Pintas KLIA hasil koloborasi Skuad Khas Harian Metro dan Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman dilancarka­n selepas risikan dan penyamaran lebih tujuh bulan. Hasilnya, 11 ahli sindiket termasuk empat warga tempatan dan 33 migran yang diseludup di KLIA ditahan di lima lokasi berasingan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia