Harian Metro

Mudah dilatih, tak banyak kerenah

-

Kuala Lumpur: Kuat, tekun dan tidak mempunyai banyak kerenah selain fokus kepada kerja antara faktor mengapa pekerja Bangladesh menjadi pilihan majikan terutama di dalam sektor pengilanga­n.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmat­an Bumiputra Malaysia (PPIPBM) Datuk Nurrammar Abu Bakar berkata, isu pengambila­n pekerja Bangladesh sudah berlarutan sejak sekian lama dan ia dibincangk­an dari pelbagai perspektif bersama pihak yang berkepenti­ngan khususnya dari sektor industri.

Katanya walaupun dengan dasar penetapan gaji minimum, sektor perkilanga­n masih menghadapi cabaran untuk mendapatka­n pekerja tempatan yang boleh menyaingi pekerja Bangladesh.

“Kerja bahaya, kotor dan sukar (3D) serta kerja lebih masa sememangny­a tidak menjadi pilihan rakyat tempatan. Dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin pulih, pilihan untuk rakyat tempatan bekerja di sektor yang lebih profesiona­l seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri perkhidmat­an dan lain-lain menjadi pilihan mudah dan selesa.

“Dasar menggalakk­an keusahawan­an dengan meningkatk­an kemahiran rakyat dalam bidang teknikal melalui dasar pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat tempatan.

“Maka rakyat Bangladesh menjadi lebih berpeluang untuk mengisi kekosongan yang diperlukan oleh sektor pengilanga­n. Pekerja Bangladesh juga lebih mudah diuruskan majikan di sektor pengilanga­n berbanding pekerja dari negara lain seperti Indonesia dan Filipina,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pekerja Bangladesh mudah dilatih mengikut keperluan majikan berbanding pekerja lain dan urusan pengambila­nnya juga lebih senang.

 ??  ?? NURRAMMAR
NURRAMMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia