Harian Metro

‘Berpelangi’ lima kilometer

-

Kuala Langat: Berlari sejauh lima kilometer dengan wajah penuh warna-warni antara kelainan dan tarikan program ‘Lash D’Sijangkang’ anjuran pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, di sini, semalam.

Peserta melintas garisan penamat dengan seluruh tubuh dipalit pelbagai warna dan program itu disifatkan paling menyeronok­kan pernah dianjurkan oleh fakulti berkenaan.

Malah, acara membabitka­n beberapa laluan di sektiar kawasan Sijangkang itu turut menarik perhatian penduduk kampung yang turut menyertai beberapa aktiviti lain pada program terbabit.

Seorang peserta, Habibah Husna Zaidi, 21, berkata acara itu memberikan pengalaman yang menyeronok­kan terutama dengan pembabitan penduduk sekitar.

“Saya begitu teruja menyertai program ini, larian jadi bertambah seronok apabila kami berpeluang bermain dengan serbuk warna. Setiap satu kilometer, peserta akan dilemparka­n dengan serbuk warna-warni oleh kru acara dan kemudian kami juga diberi beberapa paket serbuk itu.

“Walaupun acara sebegini sudah seringkali

dibuat, namun ia pengalaman yang amat manis buat saya kerana penuntut juga berpeluang beramah mesra dengan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Koordinato­r Korporat fakulti itu, Mohammad Ali Kimik berkata, setiap semester penuntut diwajibkan mengadakan program seumpama ini untuk mempraktik­kan pelajaran yang diajar di dalam kelas.

“Selain dapat mempraktik­kan ilmu, penuntut juga dapat berinterak­si dengan orang luar. Ini adalah aktiviti yang amat bagus dan saya turut berterima kasih dengan penduduk setempat yang sudi ikut serta acara kami,” katanya.

Selain larian yang berwarna-warni, program itu turut mengadakan acara

‘Ninja Warrior’, pertanding­an mewarna dan selain membuka beberapa gerai jualan.

Dalam pada itu, penduduk setempat, Rahimah Sidek, 40, berkata dia dan keluarga hadir untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

“Anak juga seronok sertai program sebegini dan ia sudah cukup membuatkan kami sekeluarga gembira.

“Mereka pun boleh memanfaatk­an waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berkualiti,” katanya.

 ??  ?? PELBAGAI ragam dan gelagat peserta Lash D’Sijangkang sebelum melintas garisan penamat.
PELBAGAI ragam dan gelagat peserta Lash D’Sijangkang sebelum melintas garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia