Harian Metro

‘Jangan main langgar’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

 Amy kesal pemilik produk kesihatan guna gambar untuk promosi iklan

Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 58, menyeru supaya pengasas atau pemilik produk kesihatan menggunaka­n saluran yang betul sekiranya mahu menggunaka­n nama artis.

Setiap artis ada harga masing-masing untuk mempromosi­kan produk atau melakukan rebiu di Instagram dan penajaan. Bukan main langgar saja. Hormat hak artis,” tulisnya di Instagram @aku.amysearch, semalam.

Amy ketika dihubungi memberitah­u, dia tidak mewakili produk kesihatan yang menggunaka­n gambar serta namanya untuk tujuan promosi.

“Saya diminta bergambar ketika selesai menjalani satu sesi rakaman. Tak sangka pula mereka menggunaka­n gambar dan nama saya untuk promosi iklan di Facebook,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amy, kewujudan iklan itu disedari isteri yang juga pengurusny­a, Nourish.

“Dalam iklan itu turut disertakan telefon penjual. Apabila dihubungi, pemilik nombor terbabit memaklumka­n dia mendapat gambar yang difahamkan sudah mendapat kebenaran untuk digunakan bagi tujuan promosi,” kata Amy.

Menurut Amy, dia bukan penggemar teh dan tidak mungkin dengan mudah mempromosi­kan produk kesihatan yang tidak diketahui latar belakangny­a.

“Perkara sebegini bahaya untuk artis. Bagaimana kalau pengguna produk itu menghadapi kesan sampingan yang buruk? Tentunya, orang akan menyalahka­n artis yang ada dalam gambar promosi itu.

“Kalau betul ada produk kesihatan yang menjadikan saya jurucakap, saya akan melakukan kajian mengenai produk serta latar belakang syarikat terlebih dulu. Tidak sewenang-wenangnya saya terima tawaran itu,” katanya.

Kata Amy lagi, bukan saja produk kesihatan tetapi mereka yang menggunaka­n nama dan gambar artis untuk kemeja-T juga tidak melalui prosedur sepatutnya.

“Banyak penjual baju kemeja-T menggunaka­n nama dan gambar artis di Instagram. Mereka untung atas angin. Kalau betul nak berniaga, gunakan cara betul,” katanya.

Buat masa sekarang, Amy dan pengurusan­nya tidak mengambil tindakan undang-undang.

“Saya kongsikan perkara ini di Instagram dan buat masa sekarang, hanya itu tindakan saya. Belum ada rancangan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Semalam, Amy memuat naik gambarnya yang memegang produk kesihatan berserta keterangan mengenai luahan kekecewaan­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia