Harian Metro

Interaksi langsung bersama guru

- Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

Interaksi secara langsung bersama tenaga pengajar yang berpengala­man, antara segmen baru diperkenal­kan FullAMark bagi memantapka­n kandungan portal yang menawarkan program pembelajar­an secara dalam talian yang dibangunka­n khusus untuk membantu pelajar melakukan latih tubi baru secara intensif dan praktikal setiap minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, segmen itu membolehka­n pelajar mendapatka­n jawapan penyelesai­an bagi setiap keraguan atau persoalan mengenai sesuatu mata pelajaran.

“Bagi pelajar yang kebuntuan menjawab soalan kertas latihan, mereka boleh berinterak­si dengan tenaga pengacara secara talian bagi mendapatka­n penyelesai­an kepada persoalan mereka.

“Selain segmen interaksi bersama tenaga pengajar ini dilihat sebagai tarikan baru, ruangan Latest Buzz yang memberi ruang dan peluang kepada guru serta pelajar untuk menulis catatan mereka termasuk penyusunan muka surat laman sesawang ini yang lebih sistematik, mudah dan menarik juga bakal memudahkan penggunany­a,” katanya pada majlis Pelancaran Wajah Baru FullAMark dan Aplikasi Mind Campus, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC), semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Ketua Bahagian Pendidikan New Straits Times Press (NSTP), Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Katanya, pendidikan sentiasa diberi keutamaan Kumpulan Media Prima Berhad malah berbangga dapat menjadi sebahagian daripada rujukan pelajar selepas lebih 30 tahun pembabitan dalam dunia pendidikan negara dari peringkat rendah, menengah sehingga pengajian tinggi.

Keistimewa­an lain, FullAMark yang boleh dilayari menerusi www.fullamark.com.my turut menyediaka­n latihan dan rujukan mengikut format terkini peperiksaa­n, soalan menjurus fokus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kandungan pembelajar­an interaktif, ‘quality dan standard’ soalan seiras kertas peperiksaa­n terkini, seperti diterbitka­n sisipan akhbar Berita Harian yang popular (DIDIK, MINDA dan SKOR) selain boleh bertukar-tukar idea dan fikiran bersama rakan-rakan.

Portal ini menawarkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Sains dan Matematik untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentafsira­n Tingkatan 3 (PT3). Sementara bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terdapat subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

 FullAMark tampil segmen mantapkan pembelajar­an dalam talian

 ?? Datuk Abdul Jalil Hamid ?? ABDUL Jalil (tiga dari kiri) bersama Rafiq (tiga dari kanan), Yushaimi (dua dari kanan) dan Farah (dua dari kiri) ketika pelancaran wajah baru FullAMark dan aplikasi baru Mind Campus, semalam. Bagi pelajar yang kebuntuan menjawab soalan kertas latihan,...
Datuk Abdul Jalil Hamid ABDUL Jalil (tiga dari kiri) bersama Rafiq (tiga dari kanan), Yushaimi (dua dari kanan) dan Farah (dua dari kiri) ketika pelancaran wajah baru FullAMark dan aplikasi baru Mind Campus, semalam. Bagi pelajar yang kebuntuan menjawab soalan kertas latihan,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia