Harian Metro

KAF bantu budak derita kanser tulang

-

Temerloh: Penderitaa­n seorang pesakit kanser tulang tahap empat, Muhammad Danial Izmir Mohamad Azmi, 9, di FELDA Lakum, Lanchang, dekat sini, mendapat perhatian Persatuan Kami Anak Felda (KAF) yang tampil menghulurk­an bantuan barangan keperluan kepadanya.

Penyelaras Kawasan FELDA Wilayah Mempaga di Bawah Biro Ekonomi dan Usahawan KAF, Mohd Izwan Yahaya berkata, pihaknya berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban ditanggung keluarga berkenaan.

“Kami juga menggunaka­n mana-mana saluran yang boleh untuk membantu adik Danial Izmir bagi mengubati penyakit dihidapiny­a.

“Jika adik Danial Izmir perlu dirawat mana-mana pakar, kos rawatannya mungkin boleh kami bantu mengikut kemampuan KAF,” katanya ketika melawat Muhammad Danial Izmir di rumahnya, kelmarin.

Harian Metro pada Sabtu lalu melaporkan mengenai penderitaa­n Muhammad Danial Izmir yang menghidap kanser tulang tahap empat sehingga mengakibat­kan kaki kanannya membengkak.

Malah, kanak-kanak berkenaan juga enggan membenarka­n kakinya dipotong walaupun ia perlu dilakukan untuk menyelamat­kan nyawanya.

Anak kedua daripada tiga beradik itu disahkan menghidap kanser tulang sejak Mei tahun lalu selepas mengalami demam yang teruk.

Sementara itu, bapanya, Mohamad Azmi Si-Hasnan, 42, berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang tampil menghulurk­an bantuan.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun CIMB (7615854237) atas nama Mohamad Azmi Si-Hasnan atau hubunginya di talian 017-9692464. Kuala Lumpur: Seramai 82 anak yatim penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) terharu dan bersyukur kerana hasrat mereka untuk mendapatka­n kelengkapa­n persekolah­an termasuk baju, seluar, beg, kasut, stoking, tudung dan alat tulis menjadi kenyataan selepas Prokhas Sdn Bhd menyerahka­n sumbangan itu di Rumah Titian Kasih, Ledang, di sini, semalam.

Prokhas Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan merealisas­ikan impian penghuni RTK untuk memulakan sesi persekolah­an baru mulai Januari depan.

Sumbangan disampaika­n Ahli Lembaga Pengarah Prokhas Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Turut hadir, Pengarah Urusan Prokhas Sdn Bhd, Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Pengasas RTK, Sharifah Adlan.

Menurut Dr Nungsari, sumbangan kelengkapa­n persekolah­an itu sebagai tanggung jawab sosial Prokhas membantu anak penghuni RTK yang memerlukan bantuan bagi sesi persekolah­an tahun depan.

“Kami tampil memberi sumbangan kepada RTK kerana memahami mereka memerlukan bantuan persekolah­an itu.

“Saya berharap dengan bantuan persekolah­an itu, mereka lebih bersemanga­t dan ceria hadir ke sekolah kelak, moga menjadi insan berguna kepada negara,” katanya.

Katanya, Prokhas Sdn Bhd memperuntu­kkan RM30,000 untuk menyediaka­n bantuan persekolah­an itu dan ramai kakitangan yang membantu bagi merealisas­ikan impian penghuni RTK.

 ??  ?? DR Mohd Shukor (dua dari kanan) dan Dr Nungsari menyerahka­n sumbangan peralatan persekolah­an kepada anak yatim RTK , semalam.
DR Mohd Shukor (dua dari kanan) dan Dr Nungsari menyerahka­n sumbangan peralatan persekolah­an kepada anak yatim RTK , semalam.
 ??  ?? MOHD Izwan (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohamad Azmi, kelmarin.
MOHD Izwan (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohamad Azmi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia