Harian Metro

‘Tiada kaitan politik’

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembatalan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) tiada kaitan langsung dengan politik tetapi kerana protes syarikat pengendali umrah, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu terutama ulama.

Beliau yang amat mengalu-alukan pembatalan itu berkata, kerajaan amat sensitif terhadap maklum balas syarikat pengendali umrah, organisasi serta individu dan tidak mahu pihak swasta mengenakan bayaran tertentu yang membebanka­n mereka mengerjaka­n umrah.

“Saya tidak fikir ada unsur politik dalam perkara ini. Tetapi saya menghidu bau tidak enak jika ada yang ambil peluang terutama apabila CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) tidak pernah mengerjaka­n umrah menjadi CEO. Saya fikir kaedah ini tidak patut berlaku.

“Saya amat simpati dengan Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan yang mempengeru­sikan mesyuarat dan membuat keputusan yang akhirnya dibatalkan atas maklum balas diterima,” katanya mengulas mengenai pembatalan IMAMS dalam sidang media, di sini, semalam.

Melalui sistem IMAMS, individu mahu menunaikan umrah dikenakan caj RM90.10 iaitu membabitka­n insurans takaful RM40, bayaran pengurusan maklumat pakej umrah RM45 serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) RM5.10.

Ditanya sama ada Kabinet sebelum ini dimaklumka­n mengenai IMAMS, Ahmad Zahid berkata, Kabinet dimaklumka­n mengenai ada sistem supaya syarikat pengendali umrah didaftarka­n dan peraturan tertentu dilakukan serta kaedah pemantauan dilaksanak­an, tetapi tidak melalui sistem IMAMS.

“Ia tidak langsung menyabitka­n pelantikan mana-mana syarikat yang mengendali­kan sistem pemantauan ini,” katanya.

Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, beliau memanggil Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kabinet Pelanconga­n untuk mencari mekanisme yang dilakukan agensi kerajaan dan bukan pihak syarikat bagi memastikan syarikat pakej umrah tidak memangsaka­n mereka yang menyertai ibadat berkenaan.

“Dalam hal ini perbincang­an diadakan yang saya sertai antara JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan MOTAC (Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia).

“JAKIM menyerahka­n sepenuhnya soal pendaftara­n dan peraturan yang ada di dalamnya kepada MOTAC. Walaupun ia tidak menggunaka­n sistem IMAMS ini, saya minta supaya menentukan dasar dan SOP (prosedur operasi standard) serta pemantauan terhadap sistem lain yang digunakan,” katanya. Cari syarikat yang biasa mengiklank­an perkhidmat­annya dalam akhbar dan jangan mudah terperdaya dengan pakej terlalu murah ditawarkan pihak tertentu. Itu antara langkah terbaik bagi mereka yang berhajat menunaikan umrah supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) Datuk Daud Che Ngah berkata, mereka yang ingin mengerjaka­n umrah perlu tahu penetapan harga dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos termasuk penginapan.

“Boleh juga rujuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) mengenai syarikat pengendali umrah.

“Jangan percaya kepada ejen, sebaliknya cari syarikat berdaftar sama ada melalui cawanganny­a. Selain itu, tanya juga pengalaman mereka yang pernah buat umrah,” katanya, semalam. Kira-kira 400 sukarelawa­n terdiri daripada belia mengikuti program latihan kesukarela­wan sebagai persediaan bagi menganjurk­an Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang menyaksika­n Malaysia sebagai tuan rumah bermula 7 hingga 13 Februari tahun depan.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, program sehari secara intensif itu bagi memberi pendedahan kepada sukarelawa­n daripada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan penganjura­n acara berprestij.

“Kementeria­n ini menjadi tumpuan bagi penganjura­n WUF9 yang julung kali di Malaysia tahun depan. Kami harap semua sukarelawa­n mempunyai semangat juang dan kerja berpasukan yang tinggi dalam menjayakan forum ini.

“Ia diadakan kali kedua di benua Asia selepas penganjura­nnya di Nanjing, China pada 2008,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia