Harian Metro

Ujian buktikan keimanan insan

-

Allah’. Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanak­an perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah...” (Surah al-‘Ankabut, ayat 10)

Itulah pandangan salah golongan yang rapuh imannya. Memang benar, ujian yang ditanggung pastinya berat.

Namun, ada kalanya kesenangan dan kemewahan dinikmati juga adalah satu bentuk ujian. Ia menguji sama ada dengan limpahan nikmat itu manusia semakin hampir kepada Allah SWT atau sebaliknya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)

Tidak ada seorang pun yang sampai kepada darjat orang beriman sebelum diberi ujian oleh Allah SWT.

Hal itu dijelaskan menerusi firman Allah

SWT yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhn­ya, Kami menguji golongan yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah golongan yang sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang golongan yang berdusta.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 2-3)

Sayyid Qutb dalam tafsirnya menyatakan, ayat itu menjelaska­n iman bukanlah hanya kata-kata yang diucap, sebaliknya iman adalah hakikat yang mempunyai tugasnya, satu

Fi Zilal al-Quran

amanah yang mempunyai beban tanggungja­wabnya, jihad yang memerlukan kesabaran dan perjuangan yang memerlukan ketabahan.

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’. Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktika­n kebenaran dakwaan mereka.

Ujian yang ditimpakan Allah SWT kepada golongan yang mendakwa diri mereka beriman kepada Allah bertujuan mengesahka­n keimanan ataupun meningkatk­an keimanan mereka kepada-Nya.

Golongan rasul turut menerima ujian dalam perjalanan dakwah. Dalam kalangan mereka ada mendapat gelaran Ulul ‘Azmi iaitu satu kedudukan istimewa di sisi Allah SWT.

Gelaran Ulul ‘Azmi diberikan kepada golongan rasul yang memiliki ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarka­n agama Allah SWT.

Keadaan itu secara langsung menempelak tanggapan sesetengah pihak apabila dianjurkan untuk mencontohi keperibadi­an golongan rasul itu, mereka menolaknya dengan berkata: “Mereka semua rasul, pilihan Allah, kekasih Allah. Kita manusia biasa.”

Kata-kata sebegitu tertolak dengan sendirinya kerana rasul yang beriman kepada Allah SWT juga tidak terlepas daripada menerima ujian-Nya.

Malah, Allah SWT menitahkan supaya Rasulullah SAW bersabar sepertiman­a sabarnya rasul Ulul ‘Azmi dalam menghadapi tentangan dan ujian daripada golongan kafir.

Firman Allah SWT bermaksud: “Maka bersabarla­h engkau (wahai Muhammad) sebagaiman­a sabarnya para rasul Ulul ‘Azmi (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) daripada kalangan para rasul (yang terdahulu daripadamu) dan janganlah engkau meminta disegeraka­n azab untuk mereka (yang menentangm­u itu).”

(Surah al-Ahqaf, ayat 35)

Rasulullah SAW mengingatk­an kita supaya bersabar dalam menghadapi ujian hidup kerana Allah

 Manusia diduga Ilahi dengan kesusahan atau kekayaan

SWT akan mengampuni dosa hamba-Nya yang sentiasa bersabar.

“Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia