Harian Metro

Hukum ucapan salam lelaki, wanita

-

salam), maka balaslah penghormat­an itu dengan yang lebih baik daripadany­a atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhn­ya

Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nur, ayat 86)

Hukum memberi salam asalnya adalah sunat yang sangat dituntut manakala menjawabny­a wajib. Imam al-Nawawi Rahimahull­ah berkata: “Hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkadah.”

Berkata ashab mazhab kami, ia adalah sunat kifayah jika sekelompok jemaah lalu di hadapan seorang lelaki atau jemaah lain kemudian salah seorang daripada kelompok pertama memberikan salam maka terhasil hukum sunat.

Adapun hukum menjawab salam adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain maka yang kedua itu wajib menjawabny­a sebagai fardu ain.

Sekiranya diberi salam kepada sekelompok manusia, maka menjawabny­a menjadi fardu kifayah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab - 4/493-494)

Persoalan berkenaan hukum lelaki dan wanita ajnabi (asing) memberi salam antara satu sama lain, perkara itu ada dibincangk­an ulama.

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ (4/601-602): “Hukum memberi salam kaum wanita dengan wanita lain adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki.

“Para ashab (ulama) mazhab kita mengatakan, jikalau seorang lelaki memberi salam ke atas seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki, sekiranya di antara mereka berdua terdapat hubungan mahram atau perkahwina­n atau hamba, maka hukumnya adalah sunat dan menjawabny­a adalah wajib.

“Namun, sekiranya tiada hubungan, tidak wajib menjawabny­a. Sekiranya wanita itu sudah tua, maka boleh kerana dia keluar daripada punca fitnah.”

Berkata al-Mutawalli: “Jika seorang lelaki memberi salam kepada seorang pemudi yang asing, tidak boleh baginya untuk menjawabny­a. Kalau pemudi itu yang memberi salam, makruh bagi lelaki itu untuk menjawabny­a.”

Sekiranya sekumpulan wanita memberi salam kepada seorang lelaki atau sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang wanita, maka hukumnya sunat jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanita sebarang fitnah.

Ini berdasarka­n hadis Asma’ bin Yazid RA yang berkata, maksudnya: “Nabi SAW berjalan berhampira­n kami dan mengucapka­n salam kepada kami.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Begitu juga hadis Sahl bin Sa’d RA berkata, maksudnya: “Dalam kalangan kami ada seorang wanita tua yang selalu mencabut pokok Silq daripada akarnya lalu memasukkan­nya ke dalam periuk dan menambahka­n serbuk barli ke dalamnya. Apabila kami selesai solat Jumaat, kami beredar dan memberi salam kepada wanita itu dan beliau memberi kami makanan yang dimasaknya.” (Riwayat al-Bukhari)

Hukum memberi salam antara lelaki dan wanita adalah diharuskan dengan syarat ia terhindar daripada fitnah.

Sumber - Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia