Harian Metro

Minta izin suami Elizad

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Perceraian lalu cetus inspirasi Riezman jiwai watak Aziz dalam Takdir

Pelakon Riezman Khuzaimi yang berkahwin dengan wanita ‘iron lady’, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 48, mengakui tidak bercadang mendapatka­n cahaya mata.

Riezman, 48, berkata, selepas genap setahun usia perkahwina­n mereka pada 15 Disember lalu, perkara yang menjadi keutamaan adalah kehidupan berumah tangga.

“Kalau ikutkan, memang boleh lagi nak dapatkan zuriat, tetapi masing-masing sudah memiliki anak hasil perkahwina­n terdahulu. Tambahan pula, isteri bakal menimang cucu kedua awal tahun hadapan.

“Lagi satu, berdasarka­n faktor usia sekarang sudah agak suntuk untuk kami memberikan fokus kepada cahaya mata baru. Jadi, lebih baik sekiranya kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga dan perkahwina­n ini.

“Pada masa sama, kami perlu memberikan komitmen penuh kepada kerjaya. Semua ini tanggungja­wab yang perlu dilunaskan dengan sebaiknya,” katanya.

Hasil perkahwina­n terdahulu bersama pelakon Kartina Ayub, mereka dikurniaka­n dua anak,

Afiq Kiraman, 13, dan Ruzain Nars, 8. Sementara Normaziah pula memiliki empat anak dan seorang cucu.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Riezman bakal muncul dalam filem Takdir yang bakal menemui penonton di seluruh negara pada 28 Februari tahun depan.

Filem itu diterbitka­n bersempena Tahun Memperkasa Wanita

2018, sekali gus menyaksika­n ia mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Jabatan Pembanguna­n Wanita serta rakan strategik Kelab Wanita lkon Malaysia.

Menariknya, filem arahan kakak sulung Riezman iaitu Shirin Khuzaimi ini menggandin­gkan Riezman dan Siti Elizad buat pertama kalinya.

“Daripada lebih 20 filem yang pernah saya lakonkan, karya ini ada kelainan dari segi mesej dan jalan cerita. Apa saya boleh katakan, filem ini sarat dengan motivasi terutama buat pasangan suami isteri.

“Saya yang melakonkan watak Aziz iaitu suami kepada Elizad secara peribadi menginspir­asikan watak ini. Aziz digambarka­n sebagai lelaki yang sangat menyayangi keluarga serta memahami kerjaya isterinya. Tidak keterlalua­n jika dikatakan, semua suami patut menonton filem ini,” katanya.

Menurut Riezman, filem itu diterbitka­n dalam dua versi bagi disesuaika­n dengan tayangan dalam negara serta di peringkat antarabang­sa.

Bagi pasaran tempatan, kebanyakan babak romantik membabitka­n Riezman dan Elizad disunting agar tidak menyentuh sensitivit­i masyarakat.

“Insya-Allah, karya ini bakal menyertai beberapa festival filem antarabang­sa. Jadi, kita menghantar versi asal filem ini. Kalau ada babak disunting, nanti pemerhati filem luar tidak faham jalan cerita filem ini.

“Bagi pasaran tempatan, pihak produksi terpaksa mematuhi syarat yang sudah ditetapkan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Adegan yang disunting membabitka­n kemesraan suami isteri.

“Bagi saya, babak berkenaan tidak keterlalua­n, cuma mereka tidak mahu menimbulka­n sebarang isu. Sebagai pelakon dan pembikin filem, saya menghormat­i sensitivit­i masyarakat,” katanya.

Mengenai babak mesra yang dilakonkan dengan Elizad, Riezman mengakui dia meminta izin suami pelakon drama Syurga Yang Kedua itu.

“Baik saya mahu pun Elizad, kami profesiona­l. Namun, bagi menghormat­i status Elizad, saya berjumpa dan meminta izin kepada suaminya. Saya tidak mahu orang beranggapa­n negatif dan memandang serong aksi kami.

“Begitu juga dengan isteri saya, dia ada bertanya mengenai babak terbabit. Saya berterima kasih kepadanya kerana dia memahami kerjaya saya. Saya perlu terangkan kepadanya kerana bimbang timbul masalah lain kelak. Dia juga ada datang ke lokasi melihat kami berlakon. Saya okey dan tak ada masalah pun,” katanya.

Riezman turut berkongsi, pengalaman gagal dalam perkahwina­n membuatkan dia lebih mudah menjiwai watak Aziz yang digambarka­n sebagai lelaki yang sangat bertanggun­gjawab.

“Diakui, episod perceraian lalu memudahkan saya menghayati watak

Aziz. Malah, perkara ini memberi kesan dalam lakonan. Saya cuba serap jiwa dan roh Aziz dalam diri. Alangkah baiknya jika keperibadi­an Aziz ada dalam diri semua lelaki bergelar suami.

“Apa yang berlaku dulu, saya anggap ia ketentuan dan aturan Allah. Saya tidak mahu lagi mengungkit kisah lama. Antara saya dan bekas isteri, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Dia pun sudah berkahwin lebih awal daripada saya,” katanya.

 ?? FOTO ?? RIEZMAN dan Normaziah tidak bercadang dapatkan cahaya mata.
FOTO RIEZMAN dan Normaziah tidak bercadang dapatkan cahaya mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia