Harian Metro

Ingatan Zaiton masih kuat

- Nor Akmar Samudin akmar@gmail.com.my

Tawaran menyanyi tetap ada dan sering hadir pelbagai acara

Ramai menyangka kesan kemalangan yang menimpa penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon pada

1990 membuatkan figura terkenal itu hilang ingatan.

Bagaimanap­un, ketika bertemu dengannya pada sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini, Zaiton berkata, ingatannya masih kuat dan jelas malah dia ingat tarikh tragedi itu yang turut mengorbank­an anak tunggalnya. Bahkan, apa yang berlaku selepas itu menyebabka­n dia tinggal sehelai sepinggang.

“Saya tak mahu lagi ingat perkara yang menyedihka­n itu. Saya mahu gembira dan menjalani kehidupan seperti biasa. Apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu,” katanya.

Sejak enam tahun lalu Zaiton dijaga dan diuruskan oleh Che Sikah Ismail, 45, atau Ikah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Mereka bertemu di Johor Bahru ketika Zaiton menyanyi di restoran di sana.

Menurut Zaiton yang keadaannya ketika itu tidak terurus, Ikah pada mulanya tidak mengenalin­ya namun selepas saling bertegur sapa barulah dia sedar wanita di hadapannya ialah Zaiton Sameon.

“Seperti ada magis antara kami kerana pada pertemuan pertama, saya terus mempercaya­inya dan mengajak dia ke Kuala Lumpur kerana lebih selesa mencari rezeki di sana.

“Kebetulan Ikah juga sudah ketiadaan ibu bapa dan masih bujang. Dia hanya ada seorang adik yang sudah berkahwin dan menetap di Ampang. Kami pun berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama keluarga adiknya yang mempunyai seorang anak. Merekalah keluarga saya sekarang dan anak saudara Ikah seperti cucu saya sendiri.

“Alhamdulil­lah, masih ada orang yang peduli dan sayangkan saya. Ikah yang menjaga saya, makan pakai saya semua dia siapkan,” katanya.

Bercakap mengenai perjalanan seninya, masih ada tawaran menyanyi untuknya dan dia juga sering menghadiri pelbagai acara.

Namun pada sambutan Aidiladha lalu, Zaiton terjatuh di bangunan

RTM yang menganjurk­an sambutan hari raya korban di sana.

“Sebaik saja melangkah masuk ke dalam lif, kaki kiri saya terpelecok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia