Harian Metro

JALAN BERTEROMPA­H KELAPA

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

400 siswa erat hubungan melalui sukan rakyat dalam

program suai kenal

Bagi kira-kira 400 siswa Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, peluang untuk berinterak­si sesama mereka di dalam aktiviti bertemakan sukan rakyat tidak dilepaskan baru-baru ini. Ia mendekatka­n lagi hubungan yang sedia terjalin.

Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM Profesor Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, antara permainan yang dilaksanak­an termasuk tarik tali, baling tin, berjalan menggunaka­n terompah tempurung kelapa, ‘explorace’ dan menaikkan tanglung.

“Aktiviti dianjurkan sepenuhnya siswa dan membuka minda mereka khususnya pergaulan dan berinterak­si dalam kehidupan seharian.

“Ini memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa dan berani menghadapi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya.

Katanya aktiviti sukan rakyat ini sebahagian daripada program suai kenal sempena sesi pengajian 2017/2018 yang baru saja bermula.

Katanya, program tahunan yang dikenali sebagai Minggu Bersama Gemilang diadakan selama empat hari dengan tujuan memperkena­lkan sisi kehidupan sebagai mahasiswa UM yang bekerjasam­a dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkina­n.

Bagi penuntut Pusat

Sukan, Tengku Nur Azlin Shuhada Ku Saman, biarpun kebanyakan aktiviti bersifat menyeronok­kan, namun mempunyai nilai tersendiri yang boleh dijadikan sandaran untuk membina anjuran Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), barubaru ini.

Menerusi kemenangan itu, SKJT Taman Melawati membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi Sekolah Rendah Islam Al-Amin dan ketiga ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Razali yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM750 dan RM500 termasuk sijil penyertaan.

Yang Dipertua MPAJ Abdul Hamid Hussain berkata, program itu dilaksanak­an untuk memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan kepentinga­n menjaga alam sekitar dan mengitar semula barangan terpakai.

“Program ini selari Pelan Tindakan Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon

2030 yang menyasarka­n penurunan karbon 30 peratus menjelang 2030.

“Dua kategori pertanding­an diadakan iaitu Pertanding­an Pengumpula­n Tertinggi Minyak Masak Terpakai antara sekolah dan Pertanding­an Pusat Kompos Sekolah Terbaik.

“Bagi pertanding­an itu, tong untuk minyak masak turut dihantar ke sekolah,” katanya.

Sebanyak 17 sekolah menyertai Pertanding­an Pengumpula­n Tertinggi Minyak Masak Terpakai manakala tujuh sekolah bagi pertanding­an Pusat Kompas Sekolah Terbaik.

Bagi pertanding­an Pusat Kompos Sekolah Terbaik, SMK Datuk Ahmad Razali mendapat tempat pertama, sementara tempat kedua disandang SJKT Taman Melawati dan Sekolah Kebangsaan (SK) Cheras Indah tempat ketiga.

Menurut Abdul Hamid, pertanding­an pusat kompos memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan kompos sisa makanan dan mengggalak­an penghasila­n baja kompos.

“Untuk tujuan itu, bimbingan dan demonstras­i diberikan kepada sekolah untuk menghasilk­an baja kompos.

“Hasil baja kompos itu dapat mengurangk­an perbelanja­an membeli baja kimia yang digunakan di kebun sekolah seterusnya memelihara alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? PESERTA mengimbang­i diri ketika menggunaka­n terompah kelapa.
PESERTA mengimbang­i diri ketika menggunaka­n terompah kelapa.
 ??  ?? 1
2 ABDUL Hamid menyampaik­an replika cek kepada peserta SKJT Taman Melawati.
ANTARA peserta sekolah yang mengadakan persembaha­n.
1 2 ABDUL Hamid menyampaik­an replika cek kepada peserta SKJT Taman Melawati. ANTARA peserta sekolah yang mengadakan persembaha­n.
 ??  ?? PESERTA bersemanga­t menarik tali.
PESERTA bersemanga­t menarik tali.
 ??  ?? CARI duit dalam tepung antara acara menarik.
CARI duit dalam tepung antara acara menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia