Harian Metro

153 DAPAT BANTUAN PERSEKOLAH­AN

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

134 sekolah diterima Yayasan Eco World dengan 33 daripadany­a di Selangor

Bagi meringanka­n perbelanja­an persediaan melangkah ke alam persekolah­an pelajar kurang berkemampu­an pada tahun hadapan, Yayasan Eco World terus komited menyalurka­n bantuan menerusi Program Bantuan Pelajar (Students Aid Programme (SAP)).

Seramai 153 murid kurang bernasib baik dari tujuh sekolah rendah di Kapar dan Kuala Selangor, Selangor menerima bantuan itu.

Murid itu adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama, SK Bukit Kapar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Wah, SJKC Ying Wah, SKJC Ijok, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya dan SJKT Methodist.

Mereka menerima beg, alat tulis dan bantuan seperti makanan percuma, yuran sekolah dan yuran tuisyen apabila kembali ke sekolah tahun depan.

Pengerusi Yayasan Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan penambahan tujuh sekolah, jumlah sekolah yang diterima oleh yayasan itu menjadi 134 dengan 33 daripadany­a di Selangor.

“Pada masa ini, yayasan menyokong 2,753 murid dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang dan Sabah menerusi program tersebut.

“Dengan bajet tahunan RM5 juta, program ini menggunaka­n pendekatan holistik dengan menangani semua aspek keperluan asas pendidikan murid, dari peralatan sekolah, makanan, yuran sekolah dan yuran tuisyen.

“Kami berharap dengan bantuan itu dapat mengurangk­an beban ibu bapa agar dapat memberi tumpuan kepada kerja sementara keperluan sekolah anak mereka dijaga melalui inisiatif ini,” katanya pada pelancaran di Galeri EcoWorld di Puncak Alam, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon.

Turut hadir ialah Pemegang Amanah Yayasan Eco World Tan

Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Philip Matthews, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Internatio­nal Bhd Datuk Teow Leong Seng, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Developmen­t Group Bhd Datuk Chang Khim Wah, serta Pengarah Eksekutif Datuk Voon Tin Yow.

Lee berkata, murid yang mencapai keputusan baik dalam peperiksaa­n UPSR juga layak mengikuti program ini.

“Pada masa ini, kirakira 400 pelajar menengah dan 36 penuntut universiti terus mendapat faedah daripada program itu selepas pendidikan rendah mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Chong memuji EcoWorld Malaysia dan usaha mulia yayasan dalam membantu golongan muda Malaysia yang kurang bernasib baik untuk meningkatk­an kualiti hidup mereka sambil memberi tumpuan untuk mempromosi­kan pendidikan sebagai elemen penting dalam memecah kemiskinan.

 ??  ?? LEE (kanan), Chong (tiga dari kanan) dan Mohd Radzi beramah mesra dengan penerima.
LEE (kanan), Chong (tiga dari kanan) dan Mohd Radzi beramah mesra dengan penerima.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima seronok dengan peralatan diberikan.
SEBAHAGIAN penerima seronok dengan peralatan diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia