Harian Metro

Kerjaya bidang pengurusan pelaburan

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

MSU tawar program pengajian untuk peringkat sarjana muda dan diploma

Selaras komitmen kerajaan untuk mengukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat pengurusan pelaburan antarabang­sa, pelbagai inisiatif diambil bagi meningkatk­an landskap industri pengurusan pelaburan, antaranya dengan memberi fokus terhadap perkembang­an pengurusan dana konvension­al.

Usaha itu selaras aspirasi untuk menjadikan Malaysia hab pengurusan aset serantau dengan nilai pelaburan RM1.7 trilion menjelang 2020.

Menurut Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), untuk 2014 pelaburan langsung baru Malaysia adalah bernilai RM235.9 bilion berbanding RM219.4 bilion pada 2013.

Daripada jumlah itu RM171.3 bilion adalah pelaburan domestik langsung (DDI) dan bakinya RM64.6 bilion daripada pelaburan asing (FDI).

Melihat potensi terbabit, Management & Science University (MSU) menawarkan program pengajian dalam bidang Pengurusan Pelaburan peringkat ijazah sarjana muda dan diploma kepada pelajar berminat.

Ia ditawarkan menerusi Faculty of Business Management & Profession­al Studies (FBMP).

Graduan program Pengurusan Pelaburan

MSU berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti juruanalis­is kewangan, penasihat pelaburan, penasihat kewangan, pengurusan dan agen insurans, pegawai bank, perancang kewangan, pemprosesa­n data, penganalis­is data serta pegawai risiko.

Terkenal dengan visi komited mencerna kecemerlan­gan graduan, MSU menjadi landasan terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu teori atau amali.

Pogram pengajian

MSU direka khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran dan memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an pelajarnya melalui aktiviti kokurikulu­m bagi melengkapk­an mereka dengan nilai etika serta moral.

Sementara University Industry Advisory Panel (UIAP) pula memastikan silibus program pengajian di MSU dilengkapi input industri yang releven bagi pelajar dengan memastikan silibus program pengajian di MSU relevan kepada pelajar apabila menceburi pasaran kerjaya selepas bergraduas­i.

Pelajar turut berpeluang mendapat pendedahan antarabang­sa menerusi Global Mobility Programme (GMP).

Program ini memberikan pelajar pilihan menyambung pengajian mereka di lebih daripada 40 rakan universiti MSU di United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Afrika Selatan, India, Indonesia dan New Zealand.

 ??  ?? PROGRAM Pengurusan Pelaburan MSU sedia peluang bina kerjaya dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
PROGRAM Pengurusan Pelaburan MSU sedia peluang bina kerjaya dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia