Harian Metro

REZA CEKAL CARI DUIT

-

ada kenderaan sendiri.

Hasil usaha boleh nampak,” katanya.

MAHU MILIKI RESTORAN

SENDIRI

Sesiapa pun pasti mempunyai impian untuk bekerja sendiri apatah lagi melakukan sesuatu yang kita suka.

Bagi Reza, kerja sambilanny­a di Restoran Jejamuran di Jogjakarta sebagai platform untuk mencari pengalaman.

“Saya memang suka berniaga. Waktu kecil pun saya sering bantu ibu untuk jual kuih. Walaupun pelajar jurusan undang-undang, saya tetap bercita-cita buka restoran sendiri sebelum usia mencecah 40-an.

“Sudah hampir tiga tahun saya berulang-alik dari rumah sewa ke tempat kerja. Agak jauh tapi saya tak pernah berasa penat. Mungkin sebab saya ‘enjoy’ jumpa orang berbeza setiap hari apatah lagi mereka yang datang dari pelbagai negara,”katanya.

Ditanya kenapa tidak mencari pekerjaan lebih dekat dengan tempat tinggal, dia menjelaska­n sudah selesa dengan persekitar­annya sekarang.

“Tambah lagi Restoran Jejamuran ini cuma ada satu-satunya di Indonesia dan Jogjakarta. Keunikanny­a membuatkan saya rasa sayang untuk pilih kerja baru.

“Saya kerja untuk bantu diri sendiri dan keluarga. Sesiapa pun pasti ada niat yang sama tapi saya yakin tak ramai yang sanggup korbankan waktu lapang untuk bekerja seperti saya. Bukan mengeluh tapi ia untuk peringatan kepada diri sendiri yang saya mahu hidup senang kemudian hari. Susah dulu hari ini, akan ada esok yang cerah dijanji Tuhan. Saya percaya itu,”katanya.

 ??  ?? REZA menyusun produk keluaran restoran Jejamuran.
REZA menyusun produk keluaran restoran Jejamuran.
 ??  ??
 ??  ?? PELANGGAN sedang melihat pilihan produk yang ditawarkan.
PELANGGAN sedang melihat pilihan produk yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia