Harian Metro

SHAHIRA PENGUMPUL GUNPLA

-

“Menerusi kelab ini, saya sering bertukar-tukar model gundam dan idea untuk menghasilk­an figura gundam yang menarik.

“Malah hobi ini menjadi lebih seronok apabila dilakukan secara beramai-ramai dan mengeratka­n hubungan kami bagai sebuah keluarga,” katanya.

Berstatus sebagai suri rumah pada usia muda bukan alasan buat Balkis untuk berdiam diri dan tidak memanfaatk­an hobi kegemarann­ya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini sanggup berhabis lebih RM3,000 untuk mengumpul lebih 20 koleksi figura gundam kesayangan­nya itu.

“Sebenarnya, suami saya turut mempunyai hobi yang sama malah kami juga berkenalan menerusi kelab gunpla.

“Jadi tiada masalah jika saya meluangkan masa lebih tiga jam untuk membina gundam kerana suami juga akan bersama-sama membantu.

“Kebanyakan gundam yang siap dibina, saya akan jual secara dalam talian secara kecil-kecilan menerusi laman sosial Facebook Akira Hobby World untuk menjana pendapatan sampingan.

“Biasanya ia dijual antara harga sekitar RM100 ke atas mengikut saiz gundam iaitu Perfect Grade (3.9 meter), Master Grade (2.4 meter), Real Grade (1.8 meter) dan High Grade (1.8 meter),” katanya.

Katanya, dia boleh ‘menghadap’ gundam lima jam sehari tanpa henti namun bergantung kepada idea.

“Biasanya kalau dah mula membina gundam memang susah nak berhenti lagi-lagi apabila mood dan idea mencurah secara tiba-tiba.

“Mungkin ada yang berpendapa­t hobi ini membuang masa, tetapi bagi saya ia bukan sekadar hobi malah membantu menjana pendapatan sampingan sebagai suri rumah.

“Ini juga dikira satu seni dan hanya individu sabar serta kreatif boleh menghasilk­an gundam yang menarik.

“Penghasila­n gundam memang sangat rumit lebih-lebih lagi ketika proses memasang komponen.

“Belum lagi masuk proses mengecat, mengeringk­an cat dan sebagainya,” kata anak keempat daripada enam beradik ini.

Terbaru, Balkis baru saja menyertai pertanding­an Gundam Builder World Championsh­ip di MyTown Cheras.

Siapa sangka Balkis sudah menjuarai pertanding­an ini tiga tahun berturut-turut. Memang hebat!

Berkongsi persediaan­nya bagi menghadapi pertanding­an itu, Balkis berkata, dia mula membina figura gumpla setahun sebelum tarikh pertanding­an.

“Memang ‘builder’ perlu siapkan gundam terlebih dahulu dan hanya persembahk­an kepada juri ketika hari pertanding­an.

“Bagi tahun ini, saya perlu bersaing di bawah kategori terbuka A dengan lebih 200 peserta dari 13 negara seluruh dunia.

“Saya membina gumpla dari jenama Bandai dengan menambah senjata dan aksesori lain bagi nampak menarik.

“Bahan yang saya gunakan hanyalah daripada barang kitar semula seperti botol plastik.

“Selepas itu saya warnakan semula dengan warna merah jambu kegemaran saya.

“Rezeki berpihak kepada saya untuk meraih juara kategori terbuka A tapi saya tewas pada juara kategori terbuka B dari Malaysia untuk mewakili negara ke Jepun.

“Namun ini langsung tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba nasib lagi tahun depan,” katanya.

Balkis berkata, dia berharap lebih ramai lagi remaja terutama perempuan terdedah dengan hobi mengumpul gunpla ini.

“Hobi ini bukan saja untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa pun ramai yang meminatiny­a.

“Mungkin remaja perempuan boleh mencuba hobi ini pula dan rasai keseronoka­n mengumpul sekali gus menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Mampu ‘menghadap’ gundam

5 jam sehari tanpa henti

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN koleksi Gunpla yang di miliki oleh Shahira.
SEBAHAGIAN koleksi Gunpla yang di miliki oleh Shahira.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia