Harian Metro

Peristiwa buruk tak patahkan semangat

-

Nona ceburi aktiviti mendaki bermula daripada minat dan kecenderun­gan terhadap alam semula jadi

DARI MUKA H53

Mujur akhirnya ibu kepada dua anak ini mengalah. Bukan soal hebat atau kaya pengalaman yang hendak ditonjolka­n, tapi dia antara wanita luar biasa yang tidak pernah lelah mencabar kemampuan diri sekalipun dihambat pelbagai komitmen sebagai anak, isteri dan ibu berkerjaya.

Menariknya, Nona tidak bergerak sendirian. Dia nekad mengheret suami tercinta untuk turut aktif mendaki dan menawan puncak di serata negeri, sekali gus berkongsi hobi yang sama.

Ketika itulah mereka bertemu dengan Khairul. Menyandang tugas sebagai sweeper (kru mendaki paling akhir yang bertanggun­gjawab mengawasi dan memberi motivasi kepada peserta di belakang), Khairul pernah membantu Nona menamatkan pendakian ke puncak selepas wanita itu mengalami kecederaan kecil ketika mendaki Gunung Kenderung, di Gerik, Perak.

KETAGIH MENDAKI NONA, NAN

Bercerita lanjut berkenaan pembabitan­nya dalam aktiviti mendaki, Nona berkata ia bermula dari minat dan kecenderun­gan dirinya terhadap alam semula jadi, terutama hutan.

“Saya sukakan aktiviti lasak sejak kecil. Ketika zaman bujang, saya pernah berkunjung ke Taman Negara, Endau, Rompin. Namun, nasib tidak menyebelah­i, saya nyaris lemas selepas jatuh tergelinci­r dan dibawa arus deras.

“Syukur alhamdulil­lah, dalam keadaan panik, saya terdengar jeritan orang di tebing yang menyuruh berpaut pada tali merentasi sungai. Walaupun kejadian itu masih segar di ingatan, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus meneroka hutan, menyeberan­gi sungai serta menawan gunung.

“Malah dua tahun lalu, saya mengambil keputusan kembali aktif menyertai aktiviti perkhemaha­n dan akhirnya terjebak dalam kelompok pendaki,” katanya.

Menurut Nona, sepanjang aktif menawan puncak, hanya tiga kali dia menyertai aktiviti itu sendiri. Selebihnya, wanita ini selesa ditemani suami.

“Pada awalnya, Abang Nan (suami) memang sekadar jadi peneman. Tetapi selepas melalui sendiri pengalaman mendaki dan berjaya tiba ke puncak, dia terus jadi pengikut setia.

“Katanya, mendaki adalah sukan bebas kecederaan. Selagi pandai menjaga diri dan mengikut nasihat serta panduan yang diberi, mendaki boleh memberi kepuasan besar buat sesiapa saja. Paling penting, Abang Nan sendiri berjaya menurunkan berat badan hingga 10 kilogram sepanjang aktif mendaki,” katanya sambil ketawa.

Ditanya mengapa memilih sukan mendaki, wanita ini mengaku dia sentiasa teruja untuk tiba ke puncak berbanding melakukan aktiviti berjoging atau ke gimnasium kerana sukar mendisipli­nkan diri dengan rutin kecergasan. Apatah lagi ekspedisi mendaki menawarkan suasana tenang, udara segar, pemandanga­n indah dan ramai kawan baru.

Hal serupa dengan kebanyakan pendaki, mereka menjadikan pesona alam, kehijauan hutan, peluang menghirup udara segar dan kepuasan menawan puncak sebagai sebab utama memilih aktiviti itu sebagai hobi.

“Saya bertuah kerana dikurniaka­n kesihatan yang baik dan suami yang sentiasa memberi sokongan. Kadang-kadang, mungkin terpaksa berjalan hingga empat ke lima jam dengan beban yang besar. Jadi, abang Nan akan pikul barang yang berat, sementara saya akan bawa setakat termampu.

“Banyak lagi kelebihan apabila suami ikut mendaki. Tambahan jika menyertai ekspedisi dengan kumpulan pendaki berbeza. Ada yang kenal, tetapi biasanya ramai juga yang tidak kenal.

“Kalau penat, suami akan

 ??  ?? NONA aktif mendaki sejak dua tahun lalu. Kalau penat, suami akan bantu dan beri sokongan untuk meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Jadi, kru yang ada boleh fokus kepada ahli lain. Jika hendak buang air, suami boleh temankan. Itu lebih selesa...
NONA aktif mendaki sejak dua tahun lalu. Kalau penat, suami akan bantu dan beri sokongan untuk meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Jadi, kru yang ada boleh fokus kepada ahli lain. Jika hendak buang air, suami boleh temankan. Itu lebih selesa...
 ??  ?? NONA dan Narwazi ketika menyertai ekspedisi mendaki bersama-sama.
NONA dan Narwazi ketika menyertai ekspedisi mendaki bersama-sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia