Harian Metro

Setahun ikat perut di Pulau Perhentian

-

Muhammad Shauki tinggal di dalam khemah beberapa bulan, wang simpanan dihabiskan membeli peralatan skuba

drastik untuk berhenti kerja dan berpindah ke Pulau Perhentian. Keputusann­ya mendapat sokongan dari bapa dan dan ahli keluarga yang lain, namun ada sedikit tentangan daripada ibu.

“Pada ketika itu, saya sudah menanam azam dan cita-cita bergelar Dive Master dan seterusnya Instructor. Namun, tiba di Pulau Perhentian, saya belum boleh bekerja sebagai jurulatih selam skuba kerana tidak memiliki lesen dan kelayakan daripada Profession­al Associatio­n of Diving Instructor­s (PADI).

“Jadi, sebagai langkah mula, saya bekerja di

Pulau Perhentian sebagai penunjuk arah snorkeling dan jurugambar di dasar laut untuk menyara kehidupan saya di Pulau Perhentian, sekali gus mengumpul wang bagi mendapatka­n lesen profesiona­l Dive Master dan Instructor,” katanya.

Setahun Muhammad Shauki mengikat perut di Pulau Perhentian. Lelaki ini sanggup melupakan rumah keluargany­a yang selesa dan tinggal di dalam khemah selama beberapa bulan. Semua simpanan ketika bekerja di firma dulu dihabiskan untuk membeli peralatan skuba sendiri.

“Saya korbankan apa saja yang ada untuk menjadi jurulatih selam skuba. Sedangkan impian itu masih tidak menjaminka­n apaapa pulangan untuk masa depan. Namun, jauh di sudut hati, saya percaya bidang ini mempunyai potensi tinggi.

“Saya cekalkan hati kerana terpaksa berjauhan dengan arwah ayah yang bertarung dengan masalah jantung dan kencing manis. Kalau mengikut perancanga­n asal, saya mahu menyiapkan kedua-dua lesen secepat mungkin di Pulau Perhentian. Tetapi sudah tersurat rezeki, di pertengaha­n jalan, saya mendapat tawaran tajaan dari Scuba Junkie Resort, Mabul untuk menjalani latihan di sana dan bekerja bersama mereka selama dua tahun.

“Syukur, saya mengambil masa selama hampir tiga tahun sebelum berjaya bergelar jurulatih. Saya akhirnya berjaya menjalani kursus Open Water Diver, Advanced Open Water Diver, Rescue Diver, Dive Master, Open Water Scuba Instructor, dan juga Deep Specialty Instructor,” katanya.

CABARAN BARU

Menyandang tanggungja­wab sebagai jurulatih tidak bermakna Muhammad Shauki terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran. Bagaimanap­un, setiap satunya dilalui dengan tenang dan yakin itulah pengalaman yang tidak

 ??  ?? MUHAMMAD Shauki
MUHAMMAD Shauki
 ??  ?? MELATIH anak murid di kolam.
MELATIH anak murid di kolam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia