Harian Metro

Pes masakan warisan ibu

- Rosman Shamsudin rencana@hmetro.com.my

Walaupun bergelar ibu tunggal yang sibuk menguruska­n anak dan kehidupan seharian namun tidak menghalang Guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kampung Choh, Bidor, Perak, ini menghasilk­an produknya sendiri iaitu pes masakan tradisiona­l orang Melayu.

Rusilawati Said, 41, pemilik Ijazah Sarjana Muda Kebudayaan Melayu daripada Universiti Malaya dan Sarjana Bimbingan dan Kaunseling daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mewarisi ilmu masakan tradisonal daripada ibunya, Halimah Ismail, 65.

Dia tidak menyangka pes masakannya itu mula mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Semuanya bermula apabila beliau sibuk belajar di peringkat sarjana dan pada masa sama perlu memasak pes untuk hidangan keluarga.

Lebihan pes dimasukkan dalam peti ais untuk disimpan dan digunakan apabila ingin memasak semula masakan itu.

Cara beliau menguruska­n keluarga sebagai ibu tunggal mula menimbulka­n persoalan dalam kalangan rakannya.

Dia memberitah­u, pes itu banyak membantuny­a menyediaka­n masakan secara lebih mudah meskipun sibuk dengan kerjaya dan tugasan di universiti.

Keadaan itu mencetuska­n idea untuk menjual pes masakan secara kecil-kecilan kepada rakan sekuliah hinggalah turut menerima tempahan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara.

“Antara pes yang diusahakan ialah pes rendang pedas, rendang hitam, rendang tok, asam pedas sambal tumis, sambal jawa kering dan pecal.

“Istimewany­a produk ini tidak menggunaka­n bahan pengawet atau perasa untuk memastikan kualiti pes tradisiona­l orang Melayu dahulu terpelihar­a.

“Dahulu, dalam seminggu saya hanya boleh menghasilk­an kira-kira 60 bungkusan pes pelbagai masakan. Tapi, kini mampu

Air tangan Rusilawati

dapat perhatian

rakan di universiti cetus idea

bisnes

rempah ratus tempatan bermutu tinggi. Suri rumah dan wanita berkerjaya digalakkan untuk membeli bahan ini kerana ia mudah dan menjimatka­n masa dalam penyediaan makanan keluarga.

“Membuat pes ini bukan tugas mudah kerana penyediaan setiap pes mengambil masa kira-kira 10 jam bagi memastikan ia tahan lama,” katanya.

Katanya lagi, tiada istilah berehat dalam kamus hidupnya kerana seharian sibuk mencari rezeki demi memastikan dua anak lelakinya Mohd Danial Irfan Mohd Nor Azli, 12 dan Mohd Danial Zikri, 14, mendapat kehidupan selesa serta pendidikan sempurna.

 ??  ?? Dahulu, dalam seminggu saya hanya boleh menghasilk­an kira-kira 60 bungkusan pes pelbagai masakan. Tapi, kini mampu mengeluark­an kira-kira 200 bungkusan pes pelbagai masakan RUSILAWATI (kiri) dan ibunya,
Halimah menunjukka­n sebahagian pes masakan...
Dahulu, dalam seminggu saya hanya boleh menghasilk­an kira-kira 60 bungkusan pes pelbagai masakan. Tapi, kini mampu mengeluark­an kira-kira 200 bungkusan pes pelbagai masakan RUSILAWATI (kiri) dan ibunya, Halimah menunjukka­n sebahagian pes masakan...
 ??  ?? PES masakan asam pedas mempunyai rasa tersendiri mendapat perhatian ramai pelanggan.
PES masakan asam pedas mempunyai rasa tersendiri mendapat perhatian ramai pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia