Harian Metro

Terbawa-bawa slang Indonesia

- Syanty Octavia Amry

Iedil akan kembali ke tanah air apabila ada tawaran berlakon

Lebih setahun berkahwin dengan aktres seberang, pelakon Iedil Putra akui dia kini lebih banyak bertutur dalam bahasa Indonesia.

Meskipun bahasa Melaysia dan Indonesia tidak jauh beza, untuk terbabit dalam bidang seni di sana dia perlu menguasai bahasa itu sepenuhnya.

Apatah lagi pada waktu ini dia banyak menetap di Jakarta dan turut terbabit dengan pementasan teater bersama isterinya, Prisia Nasution.

Namun, jelas Iedil jika ada tawaran berlakon di tanah air dia akan kembali.

“Disebabkan sering berada di Jakarta saya sedar slang lebih kepada bahasa Indonesia. Apatah lagi di rumah kami lebih banyak berkomunik­asi dalam bahasa ini.

“Mungkin disebabkan itulah apabila berlakon di sini kadang-kala terbawa-bawa. Namun, ia bukan masalah besar kerana kedua-dua negara bahasanya tidak jauh beza dan saya boleh perbetulka­n semula,” katanya.

Belum bersedia meninggalk­an Malaysia untuk fokus berlakon di Jakarta, Iedil berkata setakat ini tawaran di negara sendiri tidak pernah putus.

“Saya masih mengintai peluang di Jakarta.

Apa saja tawaran yang diberikan saya terima begitu juga di sini. Buat sementara waktu ini saya berulang-alik.

“Ada juga tawaran berlakon sinetron panjang tetapi ia bertindih dengan jadual kerja lain.

“Insya-Allah jika ditawarkan lagi sinetron, saya teringin mencuba,” katanya.

Lakonan terbaru

Iedil boleh disaksikan menerusi filem TV berjudul Mandatori yang ditayangka­n di saluran Astro First Eksklusif.

Mandatori yang dipecahkan kepada enam episod itu turut dibintangi Aeril Zafriel dan Siti Saleha.

Dalam perkembang­an lain, Iedil bakal terbabit dengan latihan Teater Muzikal Ola Bola yang akan dipentaska­n pada Februari tahun depan.

Iedil juga bakal muncul dengan beberapa filem antaranya Mak dan One Two Jaga yang akan menemui penonton tahun hadapan.

 ??  ?? Saya masih mengintai peluang di Jakarta. Apa saja tawaran yang diberikan
saya terima begitu juga di
sini. Buat sementara waktu ini saya
berulang-alik
Saya masih mengintai peluang di Jakarta. Apa saja tawaran yang diberikan saya terima begitu juga di sini. Buat sementara waktu ini saya berulang-alik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia