Harian Metro

Selesai misi bahaya

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

4 remaja diserap ke dalam permainan mistik dalam sekuel Jumanji: Welcome to the Jungle

Selepas 22 tahun, sekuel Jumanji: Welcome to the Jungle dibawa ke layar perak dan mengetenga­hkan suasana dunia berbeza daripada filem asal yang dibintangi Robin Williams.

Filem arahan Jake Kasdan ini mengisahka­n empat pelajar sekolah menemui permainan video lama bernama Jumanji.

Mereka diserap ke dalam permainan itu dan penampilan masing-masing berubah mengikut watak pilihan sendiri.

Bagi menamatkan permainan itu dan kembali ke dunia asal, remaja berkenaan perlu menyelesai­kan misi bahaya selain mencari sesuatu yang ditinggalk­an Alan Parrish 20 tahun lalu.

Menampilka­n pelbagai babak mencemaska­n serta lucu, filem ini dibintangi Dwayne Johnson, Jack

Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale.

Jonas yang melakonkan watak misteri Alex mengakui dia peminat setia Robin Williams dan filem Jumanji.

“Saya menyewa Jumanji dari kedai Blockbuste­r di Wyckoff, New Jersey dan menyaksika­n filem itu sebanyak empat kali,” katanya.

Menurut penyanyi itu, dia menerima lamaran membintang­i sekuel itu ketika dalam perjalanan ke konsert jelajahnya.

“Ketika itu saya dalam bas. Kebetulan, rakan yang ada bersama saya main permainan Jumanji,” katanya.

Terkejut dengan diet

Dwayne Johnson

Dalam temu bual berasingan, Black mendedahka­n Johnson minta nasi dan daging kerbau disediakan untuknya sepanjang penggambar­an Jumanji: Welcome To The Jungle.

Menurut Black, 48, dia ingin tahu diet Johnson, 45, yang membolehka­n ahli gusti itu memiliki bentuk badan gagah dan mantap.

Pelakon filem School of Rock itu mengakui agak terkejut apabila diberitahu Johnson mengamalka­n diet khas di set penggambar­an.

“Ketika bertemu Johnson saya beritahu mahu jadi seperti dia. Saya tanya apa dia makan.

“Dia jawab makan protein. Saya cakap daging stik yang dimakannya nampak sedap.

“Dia beritahu itu daging kerbau yang tidak mengandung­i lemak dan nasi putih,” katanya.

Bercakap mengenai filem terbaru lakonannya itu, Black berkata, ia kesinambun­gan kisah dunia Jumanji.

“Filem ini bukan diolaholah semua dan walaupun jalan cerita berbeza, ia seolah sambungan kepada kisah dulu.

“Permainan Jumanji ada evolusi, seperti organisme hidup dan mampu berubah mengikut dunia masa kini yang generasi muda sudah tidak main permainan papan.

“Budak sekarang bermain iPad dan permainan video,” katanya.

Pakaian dikritik netizen

Sementara itu, Karen yang melakonkan watak Ruby Roundhouse berkata, kostum dipakainya dalam permainan Jumanji dikritik netizen kerana terlampau singkat.

Bagi watak itu, Karen memaki baju singkat dan seluar pendek manakala

 ??  ?? TAMPIL pelbagai babak lucu dan mencemaska­n.
TAMPIL pelbagai babak lucu dan mencemaska­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia