Harian Metro

Karyawan makin utuh

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Hasrat pertahan hak ahli terlaksana selepas diiktiraf dalam program Padu Citra

Hasrat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dalam mempertaha­nkan hak ahlinya terlaksana apabila mereka diiktiraf dalam program Padu Citra yang dilaksanak­an FINAS sejak 1 November lalu.

Padu Citra adalah program apabila setiap ahli Karyawan akan disenaraik­an dalam Borang Sijil Pengesahan Produksi (SPP).

Presidenny­a Datuk Freddie Fernandez berkata, program ini akan lebih meyakinkan penggiat seni untuk menyertai Karyawan.

“Sudah lama kami menantikan saat ini iaitu sejak Karyawan ditubuhkan pada 2000.

“Program ini menyuntik lebih keyakinan kami untuk bertindak terhadap sesuatu isu,” katanya.

Menurut Freddie, Karyawan bercadang mengadakan mesyuarat pada Februari tahun depan bagi menyelaras­kan isu tertangguh.

“Apabila adanya program SPP dapatlah kami bertindak terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan produksi.

“Ini juga dapat membantu setiap ahli supaya tidak terabai dengan sikap tidak bertanggun­gjawab produksi terhadap pekerja,” katanya.

Dalam pada itu,

Freddie turut bercadang mengusulka­n kepada semua penerbit supaya dapat memberikan caruman KWSP kepada pekerja di bawah mereka.

“Penggiat seni tidak ada gaji tetap. Saya akan cuba mengusulka­n perkara ini kepada semua penerbit dengan harapan mereka dapat menerimany­a.

“Bagaimanap­un, perkara ini tiada paksaan, terpulang kepada mereka untuk menerimany­a atau tidak,” katanya lagi.

Sehingga hari ini lebih 2,000 penggiat seni menyertai Karyawan. Mereka terdiri daripada 940 pelakon, 141 pengarah filem dan bakinya pekerja belakang tabir.

 ??  ?? FREDDIE (berdiri tiga dari kiri) menyerahka­n penyertaan kepada Pengerusi FINAS Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (berdiri empat dari kiri) disaksikan Pengerusi Karyawan Datuk Sarimah Ahmad (berdiri lima dari kiri) bersama pelakon dan ahli jawatankua­sa.
FREDDIE (berdiri tiga dari kiri) menyerahka­n penyertaan kepada Pengerusi FINAS Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (berdiri empat dari kiri) disaksikan Pengerusi Karyawan Datuk Sarimah Ahmad (berdiri lima dari kiri) bersama pelakon dan ahli jawatankua­sa.
 ??  ?? Apabila adanya program SPP dapatlah kami bertindak terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan produksi.
Apabila adanya program SPP dapatlah kami bertindak terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan produksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia