Harian Metro

Sasar 12,000 koperasi berdaftar

-

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarka­n 12,000 koperasi berdaftar di bawahnya menjelang 2020.

Timbalan Presiden ANGKASA Mutadho Bahrin berkata, pada masa ini, lebih 12,000 koperasi di seluruh negara ditubuhkan, namun hanya 10,000 daripadany­a mendaftar di bawah ANGKASA.

“Kita melaksanak­an pelbagai program termasuk kempen keahlian iaitu Jom Join ANGKASA sebagai usaha untuk menarik lebih banyak lagi koperasi mendaftar sebagai ahli.

“Lebih 2,000 koperasi di luar sana yang belum mendaftar sebagai ahli ANGKASA dan kita akan fokus kepada koperasi baru atau pun tidak aktif,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuantan 71/73 Berhad (KASMET) di sini, semalam.

Beliau berkata, koperasi di negara ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa dan pihaknya akan melakukan satu lonjakan untuk menarik lebih banyak lagi koperasi berdaftar di bawahnya.

“Pelbagai manfaat boleh diperoleh koperasi yang mendaftar sebagai ahli ANGKASA kerana kita menyediaka­n pelbagai program untuk membantu mereka.

“Dua tahun lalu kita menubuhkan tujuh sektor berkaitan perniagaan sebagai panduan kepada mereka untuk membangunk­an koperasi masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memberi pendedahan melalui seminar, bengkel dan kursus kepada ahlinya untuk mencari peluang baru yang boleh diterokai.

Sementara itu, Mutadho berkata, KASMET yang baru ditubuhkan setahun lalu berjaya memperoleh dividen melalui pelbagai projek perniagaan.

“Ahli mereka tidak ramai iaitu 100 ahli saja namun, mereka mencari peluang perniagaan yang boleh dilaksanak­an di merata tempat.

“Koperasi seperti ini yang kita mahu dalam kalangan masyarakat dan ia perlu dijadikan contoh kepada koperasi baru yang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia