Harian Metro

Laksana program bantu kurang kemalangan pekerja

-

Maran: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) merancang memperkena­lkan program bagi mengurangk­an kadar kemalangan dalam kalangan pekerja ketika pergi dan balik kerja berikutan jumlah kes kemalangan membabitka­n pekerja semakin meningkat setiap tahun.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, sehingga Oktober lalu, PERKESO melaksanak­an 199 program berkaitan keselamata­n dan kesihatan pekerja, selain 91 program kesedaran kemalangan perjalanan.

“Bagi memastikan keselamata­n pekerja lebih terjamin tahun depan, lebih banyak program seumpama itu akan diadakan.

“Kita mahu semua pekerja di negara ini sentiasa dalam keadaan selamat sama ada ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan peralatan persekolah­an kepada 388 pelajar dari lima sekolah di Parlimen Maran di sini, semalam.

Program itu ditaja Yayasan RISDA dan Yayasan Taqwa.

Ismail berkata, PERKESO dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Institut Penyelidik­an Jalan Raya Malaysia, Persatuan Majikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja akan meningkatk­an lagi siri kempen keselamata­n kepada pekerja, tahun depan.

Katanya, pekerja juga disaran membeli polisi insurans kerana jika berlaku kemalangan, mereka akan mendapat bayaran ataupun pampasan setimpal, sekali gus menjamin nasib keluarga mereka.

 ??  ?? ISMAIL (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan kerusi roda kepada Zubir Ngah.
ISMAIL (dua dari kiri) menyerahka­n sumbangan kerusi roda kepada Zubir Ngah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia