Harian Metro

Tak cadang guna ketum sebagai ubat

-

Balik Pulau: Kementeria­n Kesihatan tidak bercadang menggunaka­n ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan penagihan dadah, walaupun struktur dan molekul tumbuhan itu terbukti menyerupai morfin.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ia berikutan masalah salah guna ketum yang berleluasa dalam kalangan masyarakat hingga menyebabka­n pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Menurutnya, kesan sampingan penyalahgu­naan ketum juga seperti penagih morfin yang menjejaska­n hati dan sistem imunisasi individu terbabit, selain kulit wajah mereka akan kelihatan berwarna kuning dan pucat jika diminum secara berlebihan.

“Kita juga bercadang menggubal Akta Racun 1951 yang diguna untuk menyelia aktiviti berkaitan ketum dengan menambah elemen larangan penanaman tumbuhan ini secara komersial, tahun hadapan.

“Ia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada sidang seterusnya bagaimanap­un, kelonggara­n diberikan kepada pihak penyelidik dengan kelulusan penanaman ketum perlu diperoleh secara terus daripada Menteri Kesihatan.

“Justeru, saya ulangi pendirian bahawa tiada cadangan menggunaka­n ketum sebagai ubat,” katanya selepas menyerahka­n sumbangan kelengkapa­n sekolah kepada 200 murid pada Program anjuran Tenaga Nasional Berhad di sini, semalam.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan, Universiti Sains Malaysia (USM) masih menjalanka­n kajian mengenai potensi tumbuhan Mitragyna speciosa atau ketum sebagai ubat baru penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

 ??  ?? DR Hilmi (tengah) bersama sebahagian murid kurang berkemampu­an yang menerima kelengkapa­n persekolah­an pada Program Back To School anjuran TNB, semalam.
DR Hilmi (tengah) bersama sebahagian murid kurang berkemampu­an yang menerima kelengkapa­n persekolah­an pada Program Back To School anjuran TNB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia