Harian Metro

Dah RM300 sekilogram

- Suraya@hmetro.com.my

Jika dua tahun lalu, durian Musang King terpaksa dijual dengan harga RM1 sekilogram namun pengusaha raja buah itu kini mampu tersenyum lebar apabila harga satu kilogram durian mencecah RM140 hingga RM300 berikutan permintaan tinggi dari pelancong terutama China.

Pemilik kebun Musang King, Ee Chin Loon, 52, berkata, permintaan tinggi pelancong yang berkunjung ke Raub dan Bentong semata-mata menikmati raja buah itu menyebabka­n pihaknya terpaksa memikirkan alternatif lain menjadikan ia tidak bermusim.

“Kebiasaann­ya di Semenanjun­g Malaysia musim durian antara Jun hingga Ogos namun berikutan Musang King kini menjadi produk pelanconga­n negara menyebabka­n kami perlu memikirkan alternatif bagi menjadikan ia tidak menjadi buah bermusim dan boleh dinikmati setiap masa.

“Kami akan menyimpan durian ini dalam peti sejuk beku mencecah suhu negatif 80 darjah Celsius bagi memastikan kesegaran Musang King yang tahan dua hingga tiga tahun,” katanya ketika ditemui di Karnival Durian Musang King: Makan Asli dan Pusat Pelanconga­n di Malaysia di Jalan Tras, di sini, semalam.

Ee yang memiliki enam hektar tanah dengan lebih 400 pokok Musang King berkata, permintaan tinggi pelancong luar menyebabka­n daerah itu menjadi tumpuan manakala kebunnya dihujani orang ramai menjamu buah tempatan itu.

“Tidak sangka selepas kerajaan memperkena­lkan

 Pengusaha Musang King guna alternatif sejuk beku untuk dinikmati pelancong setiap masa

Musang King di China, penduduk republik itu berpusu-pusu mengunjung­i Raub yang menjadi pengeluar utama buah itu.

“Durian Musang King gred A berjaya ditempah dan dieksport ke China bagi memenuhi permintaan di sana, dan saya akui kebanyakan rakyat Malaysia kini hanya dapat menikmati Musang King gred B atau C saja berikutan buah itu kini bagaikan ‘pisang goreng panas’ di pasaran sana,” katanya.

Menurutnya, permintaan tinggi memerlukan semua pengusaha durian di dua daerah itu bekerjasam­a bagi meningkatk­an eksport raja buah itu ke China.

“Dianggarka­n 3,000 pelancong China mengunjung­i Raub dan Bentong setiap hari untuk merasai Musang King,” katanya.

Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang Datuk Idros Yahya berkata, hasil kerjasama antara pengusaha durian dengan MOTAC berjaya menghasilk­an raja buah boleh dinikmati setiap masa.

“Istilah ‘musim durian’ mungkin tidak relevan kerana setiap pengusaha kini mencari jalan memastikan kesegaran Musang King boleh dimakan setiap masa dan bukan musim tertentu saja,” katanya.

 ??  ?? IDROS (kiri) bersama Ee meninjau dusun Durian Musang King.
IDROS (kiri) bersama Ee meninjau dusun Durian Musang King.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia