Harian Metro

‘Pindah’ wang melalui panggilan telefon Berapi tak sudah

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Seorang wanita warga emas kerugian RM1,300 apabila wang dalam akaun miliknya dipindahka­n ke akaun individu lain selepas menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa sebagai anggota polis, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 64 tahun itu menerima panggilan telefon berkenaan jam 10 pagi daripada seorang wanita yang memaklumka­n nombor telefon rumah miliknya di Kuantan, Pahang digunakan kegiatan judi dalam talian.

Menurut sumber, wanita itu kemudian mengarahka­n mangsa memberikan nombor akaun serta nombor PIN bagi akaun berkenaan kononnya bagi tujuan pemeriksaa­n.

Kerja pembersiha­n tapak pelupusan sampah haram di Jalan Ulu Yam di sini yang terbakar Rabu lalu masih berjalan dan operasi sudah memasuki hari kelima.

Tinjauan Harian Metro di kawasan berkenaan semalam, mendapati sampah masih diuraikan menggunaka­n jengkaut oleh Majlis Perbandara­n Selayang (MPS).

Selain itu, kepulan asap juga masih kelihatan dari kawasan sekitar terutama dari Kampung Sungai Kertas, Kampung Batang Batu, Kampung Sungai Tua termasuk kawasan perumahan membabitka­n Taman Bukit Permata, Taman Jasa Perwira dan Taman Gombak Permai.

Jurucakap MPS berkata, pihaknya turut meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang untuk memadam dan mengawal api daripada merebak ke kawasan belukar yang akan menyebabka­n keadaan jerebu.

“Sebenarnya, kami sudah menahan lapan lori yang beroperasi membuang sampah di kawasan itu minggu lalu, malah, notis juga sudah dikeluarka­n.

“Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mengeluark­an notis kepada pemilik tanah dan kerja menutup bangsal sudah diadakan, namun kebakaran berlaku pada Rabu,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya,

 Kerja pembersiha­n tapak pelupusan sampah haram terbakar Rabu lalu masih berjalan

ketiadaan sumber air berhampira­n menyebabka­n pemadaman api sukar dijalankan.

“Setakat ini, bomba perlu berulang-alik mengangkut air menggunaka­n tangki sebelum memadam api yang dikhuatiri akan merebak,” katanya. Sementara itu, pemilik tanah yang mempunyai kaitan dengan kebakaran di tapak pelupusan sampah haram itu berdepan tindakan mengikut Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntu­kkan denda sehingga RM500,000 atau maksimum lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jabatan Alam

Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan kelmarin memberitah­u, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

“Mengikut peruntukan ini, pemilik tanah juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mendapati pembakaran terbuka berlaku di dalam kawasan tanah miliknya.

“JAS menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan mendapati kawasan kebakaran terletak di kawasan lereng bukit berhampira­n Jalan Utara Ulu Yam-Gombak dijadikan tapak pelupusan haram.

“Saiz kebakaran dianggar seluas satu ekar (0.4 hektar) dan pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada pembakaran terbuka baru di kawasan itu,” kata kenyataan itu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadam api walaupun berdepan kesukaran mendapatka­n sumber air berhampira­n.
ANGGOTA bomba berusaha memadam api walaupun berdepan kesukaran mendapatka­n sumber air berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia