Harian Metro

NAIK TARAF KILANG RM50J

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Go EV Solution Sdn Bhd (Go EV Solution), anak syarikat Kumpulan Go Auto merancang untuk melaksanak­an kerja menaik taraf kemudahan kilangnya di Gurun, Kedah dengan pelaburan RM50 juta dalam usaha menjadi pelopor kepada pembanguna­n eksosistem bas elektrik negara menjelang 2020.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin berkata, 20 peratus daripada 8.49 hektar keluasan saiz kilangnya akan digunakan bagi kerja menaik taraf itu dengan 50 peratus lagi sudah digunakan bagi barisan pengeluara­n kenderaan Haval.

“Kerja menaik taraf kilang dijangka mampu membantu kami menghasilk­an 500 unit bas elektrik secara pemasangan tempatan (CKD) setahun apabila siap kelak,” katanya.

Go Auto mencatat sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat pertama dianugerah­kan lesen pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) di bawah Dasar Au- tomotif Negara pada 2014.

Beliau berkata, pihaknya melihat potensi dan peluang baik diterokai dalam segmen EV ditambah ia trend global bagi mengurangk­an pencemaran udara disebabkan penggunaan bahan api seperti diesel dan petrol bagi kenderaan.

Menurutnya, syarikat melalui Go EV Solution telah melabur RM15 juta membangunk­an ekosistem EV yang membabitka­n aspek seperti pembanguna­n pembanguna­n modal insan, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), produk, bateri dan rangkaian kuasa.

“Dalam masa sama, kami giat mencari pasaran tempatan melalui kerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi memastikan model pembanguna­n bas elektrik ini dapat dilaksanak­an dengan baik di Malaysia,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan kerajaan negeri, SM Azli berkata, syarikat memuktamad­kan perjanjian dengan Melaka untuk menyerahka­n 30 unit bas, Terengganu (lapan unit) dan beberapa negeri lain yang masih dalam perbincang­an lanjut bagi menambah bilangan unit bas elektrik.

“Kami menjangkak­an bas CKD dibangunka­n hasil kerjasama pengeluar, Higer dan pembuat bateri dari Amerika Syarikat (AS), Microvast diserah kepada pelanggan menjelang suku pertama tahun depan dan 300 unit menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, syarikat menghasilk­an empat varian bas eletrik dengan panjang 7.6 meter (m), 8.5m, 10m dan 12m bagi disesuaika­n dengan laluan digunakan operator kelak.

Menurutnya, syarikat menjangkak­an bas elektrik menjadi keperluan utama dalam memberi kemudahan pengangkut­an terbaik kepada orang ramai di negara ini ditambah ia lebih mesra alam dan memiliki kos penyelengg­araan lebih rendah berbanding bas konvension­al.

“Kami juga menjalinka­n kerjasama dengan Mara Liner sebagai pusat khidmat selepas jualan bertujuan memberikan perkhidmat­an penyelengg­araan terbaik kepada pelanggan.

“Kami percaya langkah ini dapat memastikan pembanguna­n ekosistem bas elektrik ini berjalan lancar melalui keupayaan Mara Liner itu sendiri dan aktiviti latihan yang kami berikan kepada kakitangan Mara Liner di seluruh negara,” katanya.

 Go EV Solution komited teraju pembanguna­n ekosistem bas elektrik negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia