Harian Metro

Tanggung subsidi RM60j tanpa penyelaras­an PSC

-

terpaksa membelanja­kan RM60 juta dalam bentuk subsidi sekiranya caj perkhidmat­an penumpang (PSC) bagi penerbanga­n antarabang­sa jarak jauh antara KLIA dan klia2 tidak diselarask­an.

“Sebaliknya, subsidi sepatutnya digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatk­an rakyat,” kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Jen (B)

Tan Sri Abdullah Ahmad, dalam satu temu bual.

itu

Beliau berkata, penumpang menggunaka­n lapangan terbang itu sepatutnya membayar caj tinggi dan bukan rakyat, yang ada di antaranya tidak memasuki pesawat atau menggunaka­n penerbanga­n.

“PSC kita antara paling rendah di dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan wawancara mengenai PSC.

Mulai 1 Januari tahun depan, kadar PSC bagi semua destinasi antarabang­sa dari

mana-mana lapangan terbang di Malaysia ialah RM73.

Pada masa ini, kadar PSC dikenakan bagi destinasi antarabang­sa bukan ASEAN dari klia2 ialah RM50.

Beliau berkata, MAVCOM tidak bersetuju dengan tindakan AirAsia yang mengenakan yuran penumpang RM3 dan menyatakan­nya sebagai bayaran KLIA pada setiap tiket yang ditempah sejak mereka berpindah ke klia2 dari LCCT sejak 2014.

Beliau berkata, adalah tidak beretika bagi syarikat penerbanga­n mengenakan bayaran itu, tetapi menggunaka­n nama pihak lain.

Mengenai dakwaan PSC menjejaska­n perjalanan penumpang, beliau berkata, daripada pengalaman negara lain, menaikkan atau menurunkan PSC tidak menjejaska­n pergerakan penumpang, tetapi keadaan keselamata­n dan keselamata­n di destinasi penumpang yang secara langsung mempengaru­hi perjalanan udara.

Oleh itu, katanya, agak mengeliruk­an apabila syarikat penerbanga­n tertentu di negara ini mendakwa keuntungan mereka terjejas oleh PSC yang lebih tinggi, apabila jumlah trafik penumpang MAHB pada November menunjukka­n peningkata­n.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia